Banyak benda nak update, tapi aku malas. Kui!
HITBSecConf2007HITB, yerp, aku sempat pi HITB pada 5/9 haritu kat Hilton Hotel Kl Sentral. Lokasi dah tukar. Selalu Westin. Lokasi kali ni senang nak pergi sebab boleh naik LRT je. Tapi dengar cerita, tahun depan diorang nak pi Westin Balik. Well, seperti biasa, jumpa orang2 yang sama, kawan2 lama. Lepak kat booth2 tgk CTF, zoneH pun bukak booth utk game diorang, tapi x de goodies macam 2 tahun lepas. Beli Tshirt HITB, 1 je design baru, 2 lagi design lama, cuma tukar tahun je, hehe.
IDS Class for Jeddah Guy4/9, ngajar Pak Arab dari Jeddah ni sorang, IDS (aku ajar install Snort dan configuration), actually sebelum tu, aku dah ajar Firewall, bos aku adhoc suruh aku ngajar, nak wat camne, ikut je la. Pak arab ni jenis blur. Aku tgk signature email dia, perghhh certification macam amik UPSR je. Tapi adeh, letih nak mengajar. Pelik la macamana diorang boleh amik cert banyak2 gila terus. Maybe money matters. Pastu kalau pergi makan, komplen tak hingat, ingat Jeddah tu bagus sangat ka? Huh!
Kad Nikah JAWIKad nikah aku dah ambil, yerp, JAWI punya kad nikah style Mykad, hehe, best2. Cuma yang x best, gambar aku tu gambar lama sebab masa aku pergi tu, gambar aku x bawak (aku ingat bleh amik digital kat situ je). So aku gamble gunting kad penghuni apartment aku ni sebab tu je kad ada gambar aku dan kad tu bukan guna sangat pun. Haha, belasah je, janji ada gambar aku. Tak perlu la bawak sijil nikah merata lagi, hehe.
2nd Honeymoon @ Pangkor8-10/9, aku pi bercuti dengan wife aku ke Teluk Batik dan Pulau Pangkor. Hehe. Sebenarnya, wife aku ada Treasure hunt Bernas, so dia ajak aku join. Aku fikir menarik gak kalau join sebab aku x pernah treasure hunt guna kereta lagi. Ada 2 orang lagi follow kereta aku iaitu kawan sekerja wife aku. So team aku ada 4 orang la. Start kereta no. 2 tapi yang paling lambat sampai, hahaha. Sampai2 je terus nak gerak, huuhu. Best gak la. Ikut jalan lama. Lalu Kuala Selangor, lalu Teluk Intan sampai la Manjung dan Teluk Batik. Penat tak ingat sebab aku sorang je drive, huuu.
Check point kene berhenti kat kilang2 Bernas. Kene selesaikan teka teki untuk beli harta dia, ada 4 harta, tapi 3 je dapat. Antara harta ialah mangga, ayam brand macarel, bantal dan juga poster motivasi. Yang team aku x dapat ialah poster motivasi. Sebenarnya dah dapat dah poster tu, tapi tak pasti betul ke poster huhu. Blasah je la. Bantal siap pi lumut beli bantal sponge bob haha. Sampai hotel Teluk Batik Resort pukul 3++ p.m. Malamnye ada sesi penyampaian hadiah dan makan malam. Tapi tak sangka, aku target team aku dalam top 10 je, rupa2nya, dapat no. 3. Hahahaha. Sungguh puas hati dan balik modal gak la. No. 3 dapat hadiah RM750 dan kena la bahagi 4 nanti. Hehe, ok la. Wife aku pun dapat cabutan bertuah hamper besar, hehe, tak bukak2 lagi hamper tu. Looking forward to join this event again in the year 2009 perhaps? hehe.
Hari ahad tu event habis, tapi aku dan wife ambil AL pada isnin, sebab kami pergi ke Pulau Pangkor. Huhu, first time aku pi Pangkor. Ambil hotel kat Teluk Nipah. Hotel tahap murah je tapi harga rm110 gak la semalam, dem! Rasa macam sepatutnya harga rm60 je, huuu. Belasah je la. Tiket bot rm20 untuk 2 orang pergi balik. Teksi dari jeti ke Teluk Nipah Rm20 pergi balik 2 orang. Sampai2 hotel, lepak2 jap. Pastu petang keluar jalan2 tepi pantai. Wife aku nak pi snorkeling. Hehe, mula2 aku memang tak bagi sebab ye la aku takut gak dengan keadaan dia sekarang, naik bot tu semua. Last2 aku bagi gak la sebab ni je sekali. So kitorang amik la boat tour dan snorkeling. Rm40 gak la, siap equipment la.
Snorkel kat Pulau Giam (macam gaim je, huhu). Ikan jinak2 sana kalau bagi roti la, tapi jenis ikan sikit je dan time aku pergi petang tu ramai pulak orang, so macam boring sikit la. Aku x bagi wife aku snorkel jauh2 sebab dia bukan pandai berenang (aku pun :P). Boleh la best gak. Ni 2nd time aku snorkel, 1st time dulu dengan Abah snorkel kat Pulau Tioman. InsyaAllah aku nak plan, lepas wife aku deliver nanti dan lepas pantang. Kalau ada masa dan ongkos, aku tour pi tempat2 menarik kat dalam Malaysia ni yang boleh snorkel. Nak amik lesen PADI, mahal pulak dan aku pun x rajin nak pi selalu, so macam membazir je. Hari isnin pagi tu pulak, kitorang pi mandi laut kat tepi hotel je. Hehe, lama aku x mandi laut. Pi Bali haritu tak sentuh laut pun. Air dia boleh tahan la, bersih gak la pantainye compare dengan P.D. Haha. Tengahari kitorang pun berangkat la balik KL. Dengan ikut jalan jauhnye hahaha, blasah. Tapi memang enjoy la. Thanks sayang. Hehe. Hilang segala tekanan aku kat opis ni kejap hahaha.
p/s: Piccas will update soon, kalau rajin hehe.
:)