Tuesday, December 18, 2007

Makam Siti Hawa

Semalam, semasa on the way balik dari office, yep the last day in the office, Zia (our taxi driver) bawak aku melawat ke makam Siti Hawa, iaitu isteri Nabi Adam a.s. Makam Siti Hawa ni dikatakan adalah kubur yang paling panjang yang terdapat di tanah perkuburan tersebut. Tanah perkuburan di sini semua batasnya bersambung antara satu sama lain, cuma yang membezakannya ialah nombor yang diletakkan pada setiap batas. Nombor untuk makam Siti Hawa tak silap aku ialah 15, iaitu kubur yang di akhir susur gajah dari pintu masuk tanah perkuburan tersebut.

Mengikut apa yang Zia bagitau, tanah perkuburan kat Saudi ni, selepas ditanam selama 45 hari, kubur tersebut akan digali semula untuk menempatkan jenazah lain pula. Di dalam kubur tersebut terdapat seperti simen yang akan menghancurkan tulang2 jenazah yang ditanam selama 45 hari itu. Ini terpaksa diarahkan oleh kerajaan Saudi kerana jumlah penduduk yang ramai dan kadar kematian yang agak tinggi. Bermakna, satu batas kubur bukan hanya seorang, tetapi banyak jenazah yang lain di dalamnya. No wonder di batas tersebut hanya terdapat nombor instead of nama jenazah tersebut.

I'm lucky cause Zia bring me to visit makam Siti Hawa yang aku pun baru tau bahawa terdapat makam Siti Hawa di Jeddah. Aku telah menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada beliau di tanah perkuburan itu.

Al-Fatihah.