Hmm, setelah aku berusaha mencari solution macamana aku nak extend ticket flight aku, nampaknya aku tak berjaya gak membuat pertukaran tarikh. Aku dah try call MAS Jeddah dan MAS Malaysia, dah try mintak tolong region manager kat sini, masih tak dapat penyelesaian sebab flight untuk balik ke Malaysia selepas Haji ni penuh (fully booked) sampai la ke Januari 2008. Plan aku untuk stay lama untuk mendapat 10 hari cuti dan juga menunaikan haji terpaksa cancel. Bukan rezeki aku kot buat haji tahun ni. Ada hikmah dia tu. Maybe Allah nak aku buat haji in proper way kot.
So, aku dah call Ustaz Sobri, yang handle buat haji ni tadi. Aku dah cakap kat dia mintak maaf sebab terpaksa batalkan niat buat haji tu. Ustaz Sobri kata akan pulangkan semula deposit yang aku dah bayar SAR500 dulu, insyaAllah. Kalau ustaz tu tak dapat pulangkan pun atas sebab2 tertentu, aku akan ikhlaskan dan sedekah. So, insyaAllah, aku akan balik Malaysia pada 22nd December nanti. Time tu semua dah cuti sebab musim haji. Well, insyaAllah dah balik Malaysia nanti, aku akan buka akaun tabung haji untuk pergi haji, RM1300 untuk buka akaun.
Walaupun aku x dapat pergi buat haji, at least banyak maklumat serta ilmu mengenai haji aku dapat pelajari, boleh simpan dan ingat untuk masa depan bila ada peluang menunaikan haji.
:|