Monday, November 12, 2007

Work Sucks!

So many things happen this week, sampai aku malas nak update dalam blog ni, hahaha. Perkara bodoh yang aku rasa lawak, perkara tak masuk akal, perkara best, macam2 la. Hari tu, aku dan bebudak ni pergi Malaysian Open House yang dianjurkan oleh Panda Mart kat Jeddah ni. Actually, jemputan hanya orang2 tertentu je, tapi kami dijemput oleh orang lama kat sini iaitu En. Badrul, so kami pegi je la open house tu, haha. Aku follow je depa ni, takkan x pi lak kan kalau diorg sumer pergi. Tapi tu kira seronok gak la, jumpa rakyat2 malaysia yang masing2 kerja kat sini dan masing2 cerita pengalaman kelakar deal dengan pak arab kat sini, haha.

Hari ni, ada 2 perkara x best berlaku. Pagi tadi, teksi yang aku selalu naik pi office, mengalami eksiden, actually tak teruk pun, teksi pun x ada ape2 pun. Alhamdulillah semua ok. Teksi tu pun memang tak salah ape pun. Ada satu BMW 5 Series dengan gopoh tak sabar cam cipan nak terberak potong teksi kitorang ni, pastu dia nak speed, tak perasan ada lori besar gabak berhenti kat depan tu, ape lagi, tebabo la langgar lori tu, teruk gak la BMW tu, sini jenis tak sayang keta betul, keta mahal2, macam scrap je jadi. So bila dia dah terlanggar lori, dia terlanggar plak teksi kitorang, nasib baik sikit je, bangla bawak teksi ni (Zia) terus cargas lari sebab takut polis saman dia walaupun dia x salah, hahahaha. Adeh, pak arab ni, tau la kaya, dah tau nak repair keta sini mahal, lagi nak bawak macam cilake, bawak la elok2, adeh.

Pastu tengahari, aku dah gaduh ngan geng Mpeople ni plak, hahaha, macam cilake je. Actually mende kecik je pasal report yang ntah bila nak siap ntah tu, haha, yep aku tau mende kecik. Tapi dah dia duk blame budak company aku yang asyik buat silap, tu aku panas, hahahaha. Mpeople ni, aku x yah buat baik pun x pe, x penting pun. Nampak cam aku tak professional kan? Haha, pedulik ape aku, ko bukan bos aku, ko bukan client aku, suka suki je nak blame2. Dah la duk suruh buat keje yang bukan keje kitorang, ahhh, pi mampus la! Hahaha. Aku pun x berminat nak jumpa/deal ngan korang lagi la. Huh!

Fuh, you can say i'm not professional, who cares! Aku tau la bila aku nak jadi professional, dengan sape aku nak professional. Maybe time ni je kot aku gaduh2, tengok la lepas ni camne, aku pun malas nak layan mende2 bodoh ni, tapi dah terpaksa, kene layan gak, adeh. Ni bukan masalah pak arab, ni masalah "putarbelit"nye geng. Lantak lah. Hahaha.

Tengah fikir dan mencari2 jalan untuk menunaikan haji. Ada macam2 package, tapi dari segi undang2 saudi, adakah aku yang hanya mempunyai visa business boleh masuk mekah untuk menunaikan fardu haji? Hmmm, kalau boleh, legal, aku nak sangat pergi, tapi kalau masuk illegal, takde permit haji, aku terpaksa melepaskan peluang ni kot, mungkin ada sebab dan hikmah kenapa aku tak dapat pergi. InsyaAllah, kalau ada rezeki, aku dapat menunaikannya, kalau tak, maybe belum lagi masanya kot.

Anyway, 25 working days more to go!

:)