Wednesday, June 25, 2014

CCRIS & CTOS

Just nak share, ape yg aku dapat belajar dan perhati tentang CCRIS dan CTOS ni. Hasil experiment pengalaman aku menuju financial freedom nih:

CCRIS

1. ccris report boleh amik banyak kali kat bnmlink. 5 minit x sampai. (plan la parking properly)

2. kalau dah buat full settlement sesuatu loan, ia akan hilang dalam ccris report dalam masa 2-3 minggu je.

3. sesape yg banyak bad debts, pastu terfikir nak buat personal loan (kadar rendah) utk gali lubang tutup lubang, dinasihatkan amik ccris report ni dulu supaya kita bleh plan debts mana yg paling penting utk full settle dulu (paling banyak skip skip) dan debts mana yg makan commitment bulanan tinggi. Kalau tak nanti memang gali lubang tutup lubang la iaitu plan bayar loan yg salah, masalah masih x selesai.

4. kalau ada apply loan baru, ccris akan tulis remark status samada loan tu dalam proses atau lulus atau tidak. so, plan lah matlamat korang sebaik mungkin. kalau satu loan tak lepas, bank lain boleh nampak status tu dalam ccris report dan bank tu boleh consider nak bagi tak nak bagi.

5. Adalah dinasihatkan amik CCRIS report ni pada selepas 15hb setiap bulan. Sebab BNM akan update ccris report setiap 15hb. Nanti kang kalau amik awal bulan, ccris x update walaupun kita dah buat full settlement (masih nampak loan tu dalam ccris).

CTOS

1. Kalau nak buat loan, tapi ada CTOS, mmg buang masa la apply. Sebab bank akan reject terus x cakap banyak.

2. Tapi kalau nak buat current account (company atau individual), ada bank yang memang x boleh proceed utk submit permohonan dan ada juga bank yg boleh by pass dan consider permohonan buka akaun tu, dengan syarat ada jaminan (macam surat lawyer dah tarik balik kes ke etc.) Semua bergantung pada bank tu. Basically bank2 nama besar ni memang akan reject terus e.g. Maybank, CIMB. Bank2 kecik boleh consider lagi la mcm Muamalat etc. Mungkin ikut nasib gak kot. :P

Tak semua maklumat ni accurate, ni semua berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku je. Risiko atas diri sendiri ye.

Sekian. Harap membantu.

:)

Friday, June 20, 2014

Update for Checklist 2014

Alhamdulillah. Lama dah aku tak update blog ni since last January. So, just nak share checklist 2014. Ada beberapa list yang aku dah berjaya buat. Syukur sangat. Jom kita review balik.

1. More gold - so far aku x buat lagi pembelian lanjut utk gold walaupun sekarang harga dah murah balik. Ada fokus lain yang lebih penting buat masa ni.

2. Clear bad debts - Alhamdulillah, so far dah 3 (actually 4*) bad debts aku settlekan. Bank Rakyat, RHB Loan, RHB Easy, termasuk RHB Easy wifey* sekali. Credit card ada yang dah terminate dan outstanding convert ke term loan utk elak interest yang mengarut, which are HSBC dan Citibank. Citibank ni first CC aku dulu since 2006, but i have no personal attached to that bank pun. Elok lah terminate. Ada duit lebih, aku kasi settle terus. Credit goes to my wifey atas kepercayaan, support dan pengorbanan yang sangat2 aku perlukan. Love u sayang!

3. 18" vossen cv5 rims - Belum lagi tercapai. Targetnye sebelum rayalah, tapi maybe tak gak kot. Tgk lah nanti huhu.

4. Frontlips and side diffuser - Pun belum lagi. Maybe aku bleh take out list ni kot.

5. Vip spoiler - Sama gak tak payah, sebab tak penting pun.

6. Additional tint darker - Haaa, yang ni maybe akan buat gak sebab rules baru JPJ utk tinted.

7. Repair tamron lens - Hampir nak repair haritu before pergi Hainan, but in the end, aku angkat Sigma 70-300mm lak, huhu.

8. Buy house - Yeah, ini target sebenar aku sebenarnya. Inilah harapan paling besar tahun ni. Hopefully tercapai. Ada plan ngan parent aku pasal ni. InsyaAllah akan update dari masa ke semasa.

Status masa kini ialah, aku tengah bersihkan komitmen supaya DSR boleh cantik dah CCRIS pun cantik gak. InsyaAllah boleh berjaya. Amin! Tu je lah, will keep you post! But not sure when. Hehe.

Ciow! :)

Sunday, January 19, 2014

2014 (Never Ending) Checklist

This year checklist:

1. More gold
2. Clear bad debts
3. 18" vossen cv5 rims
4. Frontlips and side diffuser
5. Vip spoiler
6. Additional tint darker
7. Repair tamron lens
8. Buy house