Alhamdulillah, semalam (khamis), aku selesai melakukan umrah untuk kali yang ke 2. Actually, masa masuk tu, sebenarnya dah tak boleh masuk ke mekah due to Haji. Diorang dah start buat spot check samada ada permit Haji ke tak. Alhamdulillah, Mr. Hamudi (Driver teksi kitorang) gaduh ape dengan polis tu, dan polis tu bagi chance kat kami masuk. Dan semalam ialah last untuk aku menunaikan umrah pada tahun ini. Kalau tak dapat masuk semalam, aku bukan sahaja kene bayar dam, malah aku x boleh meniduri isteri selagi aku x masuk ke Mekah semula kerana aku dah berniat Ihram semasa di Jeddah. Alhamdulillah aku dapat masuk ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Air Zam-zam pun aku dapat bawak balik 1 botol 10 liter. Syukur.
Depan Masjidil Haram, selesai menunaikan Umrah kali ke 2.
Kat sana, kami sampai kali ni pada pukul 11 a.m lebih, sempat tawaf 5 round dan berhenti untuk solat zohor dan sambung semula lagi 2 round. Selesai Umrah dalam pukul 2 lebih, makan tengahari (ermm, dah petang) di KFC, haha. Makan KFC depan Masjidil Haram, best2. Then sembahyang Asar, lepas tu terus balik semula ke Jeddah dalam pukul 5 p.m lebih, Maghrib dalam perjalanan balik.
Lunch KFC, depan Masjidil Haram, sedap gak ayam dia hehe. Jangan marah sayang, :P.
InsyaAllah, aku nak extend tiket flight balik aku nanti ke 26hb Disember. Sepatutnya 22hb Disember. Ini kerana aku nak cukupkan 60 hari aku di sini untuk mendapat 10 hari passage leave. Lagipun, insyaAllah aku nak menunaikan Haji. Haji akan selesai pada 23hb Disember, so sememangnya kena extend. Alhamdulillah, aku ada jumpa Ustaz Malaysia yang buat package haji untuk rakyat Malaysia di sini. Ustaz Sobri namanya, 7 tahun dah menetap di sini. Deposit untuk haji pun dah aku bayar sebanyak SAR500. Total package ialah SAR1600 dan dam ialah SAR400, insyaAllah semua sekali ialah SAR2000 (mungkin tak kena bayar dam kalau masuk malam 16hb Disember). Alhamdulillah, semoga aku dapat menunaikan Haji pada tahun ini dengan tanpa sebarang masalah, InysaAllah. Ini peluang keemasan untuk aku, dan aku x nak lepaskannya.
Proton Gen2 parking kat kawasan perumahan area Client office, ketika on the way cari kedai makan time lunch.
Ada 3 bijik Gen2 ni kat situ. Ada jugak pak arab yang suka beli kereta buatan Malaysia ni ek. Haha. Perodua Kelisa pun dah 2 bijik aku nampak, hmmm, ingatkan Merc, Lexus dan BMW je depa beli, haha. Ada jugak perasaan bangga tu, hehe.
:)