Hmm, kadang2 aku pelik la, macamana la diorang ni manage buat keje? Kejap jadi, kejap x jadi, pastu kang tetiba jadi balik. Wei, aku pun ada benda nak buat la, plan la betul2. Plan awal2, jangan nak menyusahkan orang je. Kalau kene balik kat aku, memang cilaka la. Aku dah tangguh semester, pastu x jadi, aku cancel tangguh, kalau kene gak, terpaksa tangguh balik, bodoh betul. Semua nak lepas diri sendiri. Semua pentingkan diri sendiri. Serius, kalau mende ni jadi kat aku balik, aku nekad dah ape aku nak buat.
>;(
Kelmarin balik Seremban. Ahad register semester september dan amik modul. Nama aku ada dalam senarai penerima PTPTN sebab aku layak, pointer semester lepas atas 2.0 so tak payah bayar masa pendaftaran. So settle dah register OUM. Tapi tutorial 1 maybe aku tak dapat datang, sebab ikut plan, aku ikut wife aku pergi Lumut, dia ada event kat sana. Kene apply A.L la nampaknya.
Hari ni, 1st service kereta baru wife aku. Meter dah cecah 1200km, huu. Service lama sikit sebab kereta banyak. Anyway, puas hati gak la rasa service diorang ni, banyak menda dia check.
Tadi tengahari, Abang a.k.a Abang Jane belanja makan kenny rogers sempena bonus dia paling banyak antara department aku ni, hahaha (jangan marah bang). Terima kasih banyak2 sebab sudi belanja makan, hehe.
Dah, tu je.
:)