Tuesday, June 26, 2007

5 Days&Counting

Aku sungguh excited dan cuak ketika menghitung hari, masih terdapat 5 hari sahaja lagi untuk aku bertukar status bujang. Bertambah lagi 2 patah perkataan dalam kamus hidup aku iaitu suami dan isteri. Ini mungkin merupakan posting terakhir aku mengakhiri zaman bujang aku. Majlis akad nikah dan majlis kahwin sebelah perempuan akan berlangsung pada 30 June 2007. Akad nikah akan berlangsung di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan.

p/s: Hihi, dah nak kawin dah aku rupanya, tak sangka :P.

"Ya Allah, semoga segala urusan perkahwinanku nanti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Semoga Kau kurniakan kami kebahagian dunia akhirat selepas mendirikan rumah tangga ini. Ya Allah, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku, amin ya rabbal alamin."

رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Rabbisyrah lii sadrii wayassirlii amrii

:)