Monday, December 30, 2013

Emas: Kenapa dan Mengapa?

Time-time hujan petang2 ni, tetiba nak share satu benda. Kenapa dan mengapa tetiba aku rasa Emas ialah satu perlaburan yang terbaik untuk aku buat masa ni. Ntah ada orang baca ntah tidak. Layankan je la. Sebelum aku start buat keputusan untuk kumpul/invest dalam emas ni, actually dah banyak kawan2 buat lebih awal dari aku. Kagum gak la aku dengan diorg, sebab masa diorg start kumpul/main dengan emas, harga emas memang mahal dan gaji aku memang x mampu nak beli masa tu. Walaupun gaji agak bleh tahan la tapi x besar mana pun, disebabkan ada komitmen lain seperti keluarga, hutang piutang dan lain2 lagi, memang x dapat nak allocate pun untuk emas ni. Duit simpanan pun kejap ada kejap x de, selalunya takde, huhu.

Plan aku sebenarnye ialah aku nak buat loan (refinance semula) rumah yang aku duduk sekarang ni. Oleh kerana mak kata rumah ni memang nak bagi kat aku in the end, since rumah Bukit Jalil tu dah allocate kat kakak aku, sebab rumah satu lagi kat bukit jalil dah jual. So tinggal la rumah yang aku duduk ni je mak kata untuk aku. So, idea aku ialah, kalau aku berjaya refinance (atau buat loan untuk beli) dari mak aku, maka aku akan dapat rumah ni atas nama aku dan aku juga boleh dapat wang hasil loan reimbursement tu. Kiranya kalau mak tukar nama terus pun aku akan buat refinance, sama gak aku dapat sebagai pemilik dan juga dapat duit hasil refinance tu.

Tapi malangnya, aku banyak hutang jahat. Hutang jahat ni macam personal loan, hutang credit card dan komitmen lain macam kereta etc. So walaupun gaji aku bleh kata tinggi, tapi bank masih tengok komitmen aku juga tinggi untuk buat finance rumah ni yang mungkin sekarang dah cecah 600K. Pemilikan rumah memang satu aset perlaburan yang menguntungkan. Kalau aku x nak duk rumah ni dah pun, aku masih boleh buat duit dengan sewakan rumah ni. Bila komitmen tinggi hutang jahat banyak, payment pun dah x cantik sebab ada lubang2. Kejap bayar kejap skip kejap bayar. So memang susah aku nak buat loan rumah.

Sebelum tu aku dah try memacam gak buat part time macam Public Mutual Unit Trust, Insurance Agent etc. Tapi macam tak boleh masuk la. Maybe sebab aku x faham lagi game dia so aku pun x berani nak speak out kat public untuk buat marketing suruh orang beli. So, terabai  je la kerja2 tu. Until lah aku terbaca blog pasal emas ni dan buat kajian sikit2 pasal emas, public gold dan buat investment beli buku-buku pasal emas dan arrahnu, baru aku terfikir bahawa emas ialah satu aset yang sangat berharga, patut syariah, tak leceh untuk pemilikan. Tak perlu kertas kerja, perjanjian etc. (cuma kena ada duit la) dan memang memberi keuntungan kepada pelaburan. Aku rasa emas ni adalah perlaburan yang sangat sesuai untuk aku sekarang. At least target aku ialah buat perlaburan emas dan hasil nanti untuk simpanan dan juga menutup semua hutang jahat yang ada dengan aku sekarang ni.

Bila hutang jahat ni dah dapat tutup, aku dah boleh ada saving sikit. Maka terbuka la semula ruang untuk aku buat loan beli rumah yang aku duduk ni semula. Bila dah boleh beli rumah ni, dengan adanya duit loan tersebut yang aku dapat, boleh aku buat penambahan perlaburan dalam emas, beli satu lagi rumah untuk perlaburan, renovate rumah yang ada sekarang, simpanan, sedekah kepada pusat2 kebajikan yang memerlukan, pergi umrah dengan wifey dan macam2 lagi, insyaAllah.

Itulah sebenarnye target aku sekarang.

1. Simpan emas
2. Langsaikan hutang jahat
3. Keluar dari jual beli yang melibatkan riba'
4. Cantikkan semula rekod bayaran
5. Apply loan untuk beli rumah yang aku duduk sekarang ni
6. Buat perlaburan tambahan kepada emas semula

Doakanlah yang terbaik ye. Usaha kerana Allah, untuk keluarga, isteri dan anak-anak, InsyaAllah.

:)

200gm by Dec 2014? Realistic? No?

Aku akui aku ni jenis kalau dah minat satu benda, akan terus cuba fokus untuk buat research dan cuba buat. Contohnya gold ni. Aku try buat azam 2014 akan datang, untuk atleast ada 200gm dalam simpanan. Boleh ke? Boleh atau tak, kita cuba dulu dengan formula macam ni:

Buat pembelian secara cash setiap bulan untuk 10gm gold bar secara konsisten.

Harga 10gm gold bar (Public Gold) sekarang ialah RM1401/10gm.

Kalau dapat harga macam ni atau kurang memang bonus, kalau harga naik pun x banyak beza sangat kot.

10gm x 12 bulan = 120gm.

Pada bulan terakhir tahun 2014, hantar ker ArRahnu untuk dapatkan cash 70% dari nilai 120gm tu. Anggaran jumlah bayaran bulanan selama 6 bulan untuk 70% dari 120 termasuk upah simpan ialah 70/100x16533 = 11573.10/6 = 1928.85/bulan

Bila dah dapat cash tu, buat belian 80gm (10gm x 8) secara EPP.

1401/10gm x 8 =  11208

11208/4 = 2802/bulan selama 4 bulan kene bayar di EPP

Setelah selesai bayar 4 bulan, dapat emas 80gm. Boleh rolling ArRahnu untuk tebus 120gm.

In the end akan dapat 200gm dalam masa 12 bulan = 120gm + 80gm.

Anyway, macam mengarut je, hihi. Ni mcm tamak nak cepat kaya je gamaknye. Kalau x betul tolong jangan tiru sebab aku bukan pakar pun. Belasah je kira2 sendiri. Maybe x bagus cara ni. Better simpan je duit tunai ataupun pelan2 kayuh kalau x mampu, jangan tamak sangat. Hihi.

Pastikan anda ada pendapatan lain yang stabil untuk cover pembelian bulanan, bayaran ArRahnu dan bayaran EPP. Kalau gamble, memang x boleh jadi ikut mana pun, hihi.

:P

Tuesday, December 24, 2013

My First Gold! I mean GOLD!

I smell dust! It's been a while since my last visit here. Anyway, 2013 will left us soon. Here come 2014, with new challenge ahead. Everybody have their own resolution, so do i. So, 2014 azam aku ialah "Bad Debts Freedom!".

Berbekalkan duit simpanan yang tak berapa banyak dalam bank, my first step is to buy gold. And i've made it! Just bought my first 1 Dinar coin from Public Gold. I bought 2 coins. Hopefully, it's not too late to start investing in gold since harga dia menjunam sekarang ni. Orang kata tahun depan lagi menjunam harga emas ni sebab pengukuhan US Dollar. We'll see how lah.


Trending harga emas dari 1995-2013. Tengah menjunam skang ni. Agak2 bila la dia nak naik balik? Hehehe. Alhamdulillah, kalau ada rezeki nak beli emas every month. Sebulan 1 dinar or 10GM gold bar ke. Emas memang untuk jangka panjang. Kalau nak jangka pendek, invest emas pakai buku tu. Tapi ada pro and cons la. Buku x leh gadai kalau sesak, emas fizikal ni boleh.



So, pray for me. People can do it, so do i.

Happy new year 2014!

:)