Saturday, April 29, 2006

Hepi Beshday!

Hepi besh day to me,
Hepi besh day to me,
Hepi besh day to myself,
Hepi besh day to me.

yey!

Friday, April 28, 2006

Increament

Alhamdulillah, syukur, ada increament sedikit kat gaji. Syukur sangat. Terima kasih kepada bos aku dan management. Murni pergi kursus motivasi under Bernas kat Sabak Bernam. Bosan2.

Jumpa Salman, ada project dia offer, melalui bapak dia. Well, tak tau lagi la macamana. Actually, aku tak faham apa sebenarnye yang bapak dia nak buat. Lepas tu lepak kat Pelita, discuss pasal project dengan company Salman kerja. Bawak Seme jumpa Salman.

Orait!

Al-Fatihah Makcik Manik

Al- Fatihah, semalam khamis, makcik aku (Mak cik Manik), kakak kepada Abah aku telah menghembuskan nafas terakhir. Semalam, aku runner dari Seremban dengan mak balik Johor. Abah memang dah ada kat sana. Nasib baik semalam aku kerja malam dan aku ada kat Seremban, so boleh la aku bawak mak pergi sana. Nasib baik aku drive V6 mak aku, sedap sikit. Pergi balik hari, dari Seremban pukul 7 pagi, sampai sana 10 lebih, aku sempat sembahyangkan jenazah. Lepas nak kebumi tu, aku balik Seremban balik dengan Mak dalam pukul 12 lebih. Petang tu dalam pukul 4, aku balik KL balik.

Tuesday, April 25, 2006

Habis!

Yey! Exam dah abis, tenang sikit kelapa otak aku.

:P

2 Things

Hari ni (24/04), aku cuti lagi, tapi pagi tadi, aku pergi office, well, pergi naik komuter, malas nak drive, nasib baik office sekarang dah dekat dengan komuter, boleh pergi balik je dari seremban. Aku pergi sebab ada 2 benda nak buat.

1. Tukar transponder baru untuk parking access, kalau lambat nanti takut tak dapat pulak, HR kata benda tu limited.

2. Hantar borang travel kepada Haniza, so takat ni, insyaAllah 05/05 ni aku akan fly ke Jakarta semula, kerja 72/7 nampaknya kat sana. Balik pulak, maybe aku dapat balik sekali flight dengan Abang (Halizain), cuma seat la kot lain2. Hehe.

CBOP 3203

Huu, memandangkan sekarang dah masuk 25/04, so, petang nanti, pukul 2.30 a.m, aku ada exam lagi, last paper iaitu CBOP3203 (Pengaturcaraan Berorientasikan Objek) = Java, huhu, dem! Tatau la camne esok, harap lulus lah, well, as usual, wish me luck!

p/s : Study beb study!

Sunday, April 23, 2006

Al-Fatihah Tun Ghafar

Al Fatihah buat Allahyarham Tun Ghafar Baba, bekas timbalan perdana menteri Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, amin.

Takziah buat keluarga beliau.

Aku masih kecik lagi time dia jadi pemimpin negara, cuma yang aku ingat, beliau yang merasmikan taman perumahan yang parents aku tinggal sekarang ni, Taman Guru Melayu Negeri Sembilan.

Saturday, April 22, 2006

CBMT 2103

Huu, sat gi kul 9.30 pagi hari ni, exam CBMT2103 Pengantar Teknologi Multimedia, so aku dah semak2 gak la nota dan modul, baca tu memang dah baca, tapi bila semak satu2, ade je perkara yang termiss. Tapi sekarang dah kul 12 a.m, so aku rasa nak tidur dulu, pagi esok lepas subuh semak lagi pape yang patut, huu!

Well, wish me luck!

:o

Thursday, April 20, 2006

Baby Got Spayed!

Baby, my cat`s daughter (Yimi) got spayed today at DBKL-SPCA Setapak. Hehe, Murni ambil cuti hari ni semata2 nak pergi kembiri Baby. Unlike her mother, Baby ni macam kuat sikit la, dan penakut yang amat. Hehe.

After settle semua, aku pun balik Seremban, because this saturday 22/04 and tuesday 25/04 i have to take an exam. Huu! Study2! Baca2! Ingat2! Hafal2! Poyo2! Aku rasa exam kali ni, ada satu subject yang kantoi, tapi harapnya bukan fail la. Subject tu ialah Java, masalah betul la aku dengan Java ni, dem! Masalah no 1 ialah aku tak minat, masalah no 2 ialah aku malas. Dem!

:P

MyWi(sh)

Kalau anda pernah masuk blog lama aku, aku ada buat list of my wish kat tepi blog tu, antara wish aku tu ialah :

- Get a big promotions and bonuses.
- Have a secure job, don`t be a job hopping anymore. (InsyaAllah)
- Buy my own house. (:P, in progress dah)
- Clear up my balance on "My Clear Visa".
- Settle all my loan
- Finish up my degree at OUM and get certified.
- Get married and have a kids.
- Have a happy family <-- (everyday, my family is a happy family)

well, ada juga la wish aku tu dah tercapai sekarang ni, tak sangka gak ek, hehe. Apa yang aku pangkah tu ialah antara wish yang dah tercapai gak la buat masa ni.

Saturday, April 15, 2006

Reminder!

20/04/06 - Balik Seremban lepas kerja, sebab 22/04/06 ada exam multimedia pagi. Petang 22hb tu balik KL balik lepas exam sebab malam kerja. Ngeh ngeh ngeh, aku amik cuti dah!

24/04/06 - Balik Seremban lagi lepas kerja, sebab 25/04/06 ada exam java petang. Balik KL 26hb sebab malam tu kerja.

28/04/06 - Balik Seremban lagi lepas kerja (pagi), sebab petang tu nak pergi JB, follow rombongan Pak Poji (anak Tok Lang) kahwin.

Huuu! Minggu ni banyak kali betul kene balik Seremban. Banyak pakai duit nih! Ishh, bila aku nak start study bebetul ni haa? Dem!

PC Fair @ KLCC

Huhu, pagi tadi lepas kerja, aku pi makan kat Pelita dengan Nik, lepas tu, aku pi KLCC Convention Center, jalan2 kat PC Fair sorang2. Hehe, gila jauh dia letak PC Fair tu, penat gila aku jalan, hampeh tul. Lain kali, buat la rendah sikit.

Saja jalan2. Ada booth Ipod & Creative Vision:M, lepas aku teliti betul2, aku reject lah ipod/creative, sebab aku fikir, tak berbaloi, harga mahal, tapi screen dapat tgk kecik je, hdd tu bukan banyak mana pun movie aku nak sumbat. Better beli PSP, sebab ada wifi, wide screen, sound pun ok, memory sampai 1GB je tapi ada usb, boleh cucuk external HDD, boleh main game sekali, hehe. Murah pun murah la gak compare dengan Ipod. Confirm aku pilih PSP. Bile nak beli? Yang tu tak confirm lagi, hehe.

Soma Jaring Wireless Broadband

Aku pinjam Soma Jaring Wireless office yang Seme pakai tu, saja nak test coverage dapat ke tak kat apartment aku ni sebab dalam web jaring, area aku tak cover, no coverage. Bila aku test, connection tak berapa nak stabil gak la. Tapi aku rasa, kalau aku tingkat 3, bukak tingkap, letak keluar sikit soma (kalau tak hujan la), boleh dapat tinggi gak speed. Maybe kalau aku nak register, tunggu dulu kot, berbaloi ke?. Well, ape pun, aku sekarang blogging menggunakan Soma Jaring Wireless, hehe. Maybe aku akan illegal wardrive dulu, kalau dapat wifi ok, so useless register jaring wireless ni. People, please don`t try this at home/everywhere (illegal wardrive), this is so unethical.

:P

p/s : Aku dah tanya bos aku pasal indon, confirm aku tak buat visa, maknanya, aku hanya pergi sebulan je, senior je yang pergi 2 bulan buat visa. Well, takde hal punya. Dapat pergi pun kira ok dah. Pastu, ada gak berita lain yang seronok aku dengar dari bos aku, hehe, adalaaa. Mana boleh bagitau.

:P

My Car & RM1

Now i can park my car inside my apartment area back, because i got my own car park, only without valid sticker yet, hehe. I got my car to service yesterday and it cost me RM195. Huu! It`s a lot of money to spent but it a must. I don`t service my car since ermm, i don`t remember when the last time i service my car, it was a long time ago. Haha!

Masa lepas aku pi service kereta aku, aku pi makan kat warung belakang tu, dah siap oder mee hun goreng. Mee pun sampai. Sekali baru aku perasan, dalam wallet time tu ada RM1 je. Wahaha. Buat muka tebal, cakap ngan akak warung tu, duit tinggal. Aku pun cargas pi Shell utk cucuk duit kat ATM. Skali ATM situ problem, hampeh gila. Aku try call Along. Fuhh! Nasib baik Along ada kat rumah, pinjam duit dia dulu. Selamat aku, hahaha, lawak2!

Dulu aku pernah terfikir perkara macam ni, skali memang bebetul jadi kat aku.

:P

Entertainment server pindah lagi ke server baru. Server sekarang ni nak kene format. Hehe. Dapat server hdd lagi besar. Tengah mengcopy file ke server baru.

p/s: Ada ura2 mengatakan maybe aku pi indon sebulan je kot sebab prob kat visa? Well, jangan harap sangat dengan rumor yg kata aku pi 2 bulan. Well, tunggu dan lihat. Aku ikut je ape orang atasan suruh.

Wednesday, April 12, 2006

Grey's Anatomy

Lately, aku banyak layan TV series. Terbaru, series yang aku layan ialah Grey's Anatomy. Cerita pasal doktor pelatih yang buat practical kat hospital Seattle. Apa yang aku suka tengok TV series ni ialah, ia adalah cerita pasal life seseorang dan setiap life tu semakin hari semakin complicated. Ada je masalah yang timbul. Sebenarnya, kita tak boleh lari dari masalah. Lari dari masalah ialah punca masalah tu tak lari dari kita. Tv series lain pun sama juga, The O.C, House, Lost and etc. Semua cerita pasal masalah.

Well, we have to face it, right?

:|

Tuesday, April 11, 2006

World Cup Fever?



World Cup 2006 Schedule.

Feel the fever? Ngeh ngeh ngeh! Maybe layan kat indon kot?

Seperti biasa, The Squadra Azzurri is my choosen one! :P



:)

KSS & DBKL-SPCA

Lama tak update kat sini kan?

Sabtu lepas, ada KSS Sport Carnival company aku. So aku pun join. Game main pool kat Ampang Point. Aku masuk mix double. Team dengan Sam. Hehe. Result? I win for the 1st place. Entah macamana bleh menang pun aku tak tau. Belasah je. Aku bukan reti sangat pun. Ok la, dapat satu piala untuk tahun ni pulak. Hehe.

Yimi, kucing Murni and aku dah pun dihantar ke klinik DBKL-SPCA kat Setapak. Kitorang kasi (kembiri?/spay) dia. Hehe. Dah sihat dah pun sekarang. Haritu kesian je kat Yimi. Macam sakit gila lepas operate tu. Takpe lah. Lepas ni anak dia pulak, - Baby, Along, Abu and Kentoi. Huu. Sekor RM60 woo. Hehe.



And please support this :



Monowall install dalam Dell PowerEdge 350 1U server dah success. Tinggal nak alter pape yang patut je dalam monowall tu. Hehe.

Friday, April 07, 2006

Choose?

- Jalil Damai or Tasik Height? (erm?)
- PSP or Ipod? (i`m dreaming)
- Dopod or O2? (dream on!)
- Streamyx or Jaring Wireless? (huh!)
- Myvi or Getz or Perdana v6? (haha, i wish!)
- Get rich or die trying? (:P)
- Waste my money or get saving? (uhuk!)

Dem! why i have to choose either one? Well i think, persetankan ini semua!

Thursday, April 06, 2006

Murni`s Interview

Petang tadi, aku hantar Murni nak survey tempat interview dia besok kat Kota Damansara, dia ambil EL hari ni sebab pakcik dia meninggal. Hari hujan lebat gila. Masa on the way kat seputih, ada eksiden betul2 sebelah kereta aku, kancil langgar vios, pastu motor kat belakang kancil tu tergolek. Isk2, tu la, hujan2 lebat pun nak bawak laju2 ke? Aku rasa tak la teruk kot, nasib baik.

Well, cerita pasal tempat interview Murni, nama company US tapi office kat kawasan perumahan je kat Kota Damansara tu. Fikir2 balik, aku cakap kat Murni, tak yah lah pergi esok, stay dulu kat Bernas tu. Kalau dapat interview dari company yang confirm betul2 stabil + ok, baru pergi interview lagi. So, esok dia x jadi pergi interview. Lagipun kalau dapat situ, jauh la nak pergi kerja. Walaubagaimanapun, i will support her walau ape pun bidang/kerjaya/kehidupan yang nak dia lakukan. Bab2 yang aku fikir tak bagus tu takde la nak support.

Lagi satu benda magic berlaku hari ni kat Citibank aku, haha, besh2.

:P

Monday, April 03, 2006

Bonus?

Alhamdulillah, akhirnya! Boleh la. Janji ada, daripada takde langsung. Kene pergi kasi kucing2 Murni la nampaknya dan belanja family aku + family Murni makan satey kot? Kene repair ICE kereta dan service kereta. Ada balance nanti aku masukkan dalam ASB lah.

:|

"Out of the darkness and into the sun,
But I won't forget all the ones that I love,
I'll take a risk, take a chance, make a change,
And break away ..."


Yeah, i will take a risk and chance!

Abang Ipin

Semalam time aku tengah nak tunggu nasi paprik aku siap bungkus kat cafe tepi swimming pool apartment aku, aku jumpa Abang Ipin (ex bos) Gw Intech (opis lama aku kat ipoh) kat situ, dia pergi rumah adik ipar dia sebab wife dia (Kak G) ada dinner kat KL. Hehe, tak sangka pulak boleh jumpa kat situ. Gw skang makin masyuk la, dapat project baru kat N.S, hehe tahniah la.

:)

Sunday, April 02, 2006

Book Fair 2006

Haha, hari ni angah balik rumah, pastu dia ajak pi Book Fair 2006 kat PWTC. Hari ni hari last. Aku memang dah lama nak pergi tapi disebabkan aku sorang2 nak pergi, so jadi malas. Bila angah ajak, aku tak ada masalah sebab dia yang drive, ngeh3.

So pi sana, rambang mata gak la, duit tak berapa nak rambang. Aku pun duk merayau usha buku2 kat sana. Tak banyak buku IT kat sana. Tapi aku ada la beli 4 buah buku.

1. Rich Dad, Poor Dad (edisi melayu)
2. Seni Perang Sun Tzu (edisi melayu)
3. Counter Hack Reloaded
4. Linux Firewall (novell)

Aku pun tak tau kenapa aku beli buku ni, saja nak baca2 nak tambah pengetahuan. Tak rugi pun aku rasa kalau aku beli.

:)