Semalam, lepas Isya', kami semua plan untuk pergi shopping di Balad. Balad ni kira town dia la. Ramai pendatang je kat area ni. Rasa macam kat India pun ada. Hahaha. Sampai sana, ramai gila orang. Perut lapar gila. Pergi cari makanan. Tunggu punya tunggu, x dapat tempat kosong. Dari satu kedai ke kedai lain. Last2, kami tunggu gak kat restoran Thailand ni, akhirnya dapat gak tempat kosong. Order nasik putih, lauk daging with green paper, ikan goreng with chilli sauce dan mix vegetable. Cukup. Kenyang gak la perut, Alhamdulillah. Hehe.
Lepas tu, jam dah pukul 10 p.m lebih. Macam dah x sempat nak round2 sangat, kitorang pun singgah di kedai jual Albayah/t? (Jubah perempuan tu). Aku pun pilih2 la mana berkenan. Aku beli 6 helai jubah kat sini. Untuk mak, mak mertua aku, along, angah, kakak ipar aku dan wife aku. Boleh tahan gak la harga dia, nasib baik total below SAR 1K. Hehe, of course, my wife punya yang paling best sekali, hopefully dia suka la. Hehe.
Lepas tu pi kedai jual kacang2. Aku beli gajus je, share dengan Zain untuk makan2 kat rumah. Zain duk shopping banyak kat sini sebab dia dah nak balik isnin ni. Lepas tu pi kedai sebelah lagi, beli tasbih yang Radzi pesan tu. Ada jual jubah lelaki kat sini, tapi x beli lagi, insyaAllah malam ni pergi lagi. Nak beli untuk abah, bang long dan aku (untuk Haji nanti). Maybe nak cari Albayah/t? versi kanak2 kot untuk anak2 buah aku, kalau jumpa. Hehe.
:)