Monday, February 09, 2015

2015: Checklist Review!

Alhamdulillah, 2015 ni ada rezeki lebih sikit dari segi income. CCRIS record pun dah makin cantik, syukur.

1. More gold -  arghh tak start lagi accumulate gold dari PG. X berapa nak minat dah sejak kes ramai yg tersontot (walaupun aku bukan mangsa pun dan aku lebih suka Public Gold)

2. Clear bad debts - Alhamdulillah, bulan 3 nanti satu lagi CC clear. Tgh plan nak lupuskan Perdana V6 dan 1 PL/1 CC lagi.

3. 18" vossen cv5 rims - Berjaya!

4. Frontlips and side diffuser - Tak payah lah kot.

5. Vip spoiler - Tak payah.

6. Additional tint darker - Belum lagi. Nanti lah. Tak penting.

7. Repair tamron lens - Tak payah.

8. Buy house - Alhamdulillah, berjaya beli 1 unit service apartment area di Bangi. Savanna Southville. Syukur. Aku tengah riki dan plan nak beli 1 atau 2 unit teres 2 tingkat (landed) di dua kawasan yg mempunyai potensi capital growth. Mungkin rental negative flow tapi at least better ada dari x da langsung. Kedua2 unit ni lebih kurang sama. Strategy yg aku buat ialah low entry cost (tanpa modal/rendah modal) iaitu :

a. Booking rendah. RM1k untuk booking. Kalau loan rejected, cuma burn RM100.

b. Unit almost completed dalam tahun 2015. So strategy ni macam beli subsale tapi dapat package undercon. Boleh sewakan unit dengan cepat untuk cashflow (cover loan). So, exit plan kalau ada masalah ialah, boleh terus jual unit ni dengan cepat (liquidity).

c. Zero downpayment (10% discount) atau 15% discount iaitu 10% (bumi) + 5% cash rebate untuk downpayment berserta package 0% interest installment.

d. Freehold

e. Lokasi kedua2 unit ni berhampiran dengan public transport iaitu Train (KTM Komuter dan ERL) dan juga highway yg busy.

f. Legal Fees (S&P, Loan, MOT) borne by developer.

g. Beli 1st unit teres dengan individual loan, 2nd unit teres dengan join loan (masih dalam discussion).

InsyaAllah, kalau ada rezeki, berjaya. Tak ralat kalau tak layak, tapi sangat ralat kalau x mencuba langsung. Tak semua perancangan itu berjaya, tapi lagi teruk kalau tak merancang langsung!

:)