Friday, December 28, 2007

Shopping

Aku ada banyak perkara menarik nak update kat sini. Ada berita gembira untuk aku, tapi masih 50-50, hopefully berita gembira tu akan menjadi kenyataan nanti, insyaAllah. Hari ni, project mengwirelesskan rumah aku telah berjaya, kui! Wifi router cap TP-Link WR542G v4 dengan extended antenna (tatau la ayam ke tak, janji bleh wifi) berharga RM130 je hehe.


So boleh la merata2 skit aku mengsurf internet, samada di bilik study, living hall, kitchen, bedroom mahu pun di bilik air (erm, aku x kan masuk sini, x pasal2 je). So, senang skit la nak berinternet, x perlu la terperap dalam bilik je. Anyway, dalam bilik study tu dah ada kerusi office juga, beli di Ikea berharga RM169. Hehe, akhirnya dapat gak beli kerusi office dan wifi.

Selain tu, petang tadi lepas ambil wife aku kat office dia, kami pergi ke kedai perabot di tepi Jalan Klang Lama, pergi survey2 sofa, shoe rack dan side cabinet. Hmm, akhirnya beli gak sofa, 4 seater terus dan ada tempat letak kaki tu, ape nama dia ntah. Total ketiga2 perabot ialah RM2600, baru bayar deposit RM900, so ada balance RM1700. So far ok la, 3 perabot untuk RM2600, kalau beli di Ikea, mau makan sampai RM5K kot? Masih menunggu baki elaun kerana mungkin esok nak usha stroller, baby cot, baby car seat dan barang2 lain baby di Baby Jaya, Uptown Damansara. Ada year end sale sekarang ni.

:)