Hari ni, aku banyak habiskan masa menggodek blogspot ni je, ntah la, macam tak puas je aku tengok, aku suka tgk 1khz punya blog, dianye template memang menarik, hehe. (Aku puji ko ni, nak mintak template tu :P). Takde ape yang menarik pun kat opis ni, ape barang la keje sabtu, sampai malam lak tu, huhu. Org duk cuti, aku keje, org keje, aku cuti, hari ngan tarikh pun kekadang tak ingat.
Malam ni, lepas opis, aku nak cargas balik seremban. Esok aku ade kelas OUM semester baru kat seremban, pagi ahad lak tu (padan muka aku, sape suh amik kelas pagi). Bila la nak habis degree aku ni. Aku tak check pun berapa banyak subject lagi aku kene ambik. Semalam, aku ngan zain tanya kat florence pasal tshirt company masa family day tu, akhirnya dapat pun. Siap cap ngan kipas? Mak aih, merahnye mak ngah, tapi tshirt tu dia pi kasi aku saiz XXL, isk isk, aku bukan gemuk la, cuma boroi je. XL je cukup la (saiz dia cam tak betul skit). Walaupun saiz tak betul, tapi XXL tu still besar beb! Tak kisah la, janji free. Boleh buat hobi ni, kumpul barang2 free. Hehe.
Aku dah email kat bos aku mengenai HR yang tetiba ubah2 style bayar allowance. Bos aku pun dah email balik kat aku, Alhamdulillah, reaksi positif, harap2 lepas ni ok la. Aku berdoa gak la agar gaji aku dirombak semula. Amin. 17hb ni Nazrul nak buat lagi PaintBall, dekat MudTrekker PaintBall Kuang, Selangor. Tapi kena bayar rm100 la pulak. Kalau mengikut nafsu membunuh aku, memang aku nak join sangat, tapi memandangkan kekangan kewangan, iaitu baki duit aku dalam bank ni ialah budjet sampai hujung bulan, aku terpaksa membatalkan niat membunuh yang membuak2 tu. Takpe lah, lain kali la pulak.