weh! rileks la beb! tu pun nak cuak ke? cool! tarik nafas! lepas! :P
Tetiba aku rasa rindu sangat kat awek aku. Rindu sangat kat family aku. Rindu kat Mak ngan Abah. Aku bukan homesick, tapi aku rasa macam rindu. Puasa kat negara orang tanpa ada family dan orang tersayang. Korang tak rasa sedih ke? Raya tu aku tak baper nak kisah sangat (lagipun insyaAllah aku memang beraya kat Malaysia), tapi time puasa kat sana tu yang sedih. Tetiba aku teringat arwah Uwan.
Ramadhan kali ni, aku berpuasa kat negara orang tanpa ada orang tersayang dan tanpa Uwan. Sedih la plak, control2! hehe. Well, kalau la ada family aku yang baca blog ni, aku nak diorang tau, bahawa aku memang sayang sangat kat diorang semua. Dan aku tau awek aku memang baca blog aku ni, dan aku memang sayang sangat kat awek aku. Sangat2! Stok bini la kata orang tu kan, haha.
Flight aku isnin ni, pagi, bertolak dari Seremban kot lepas Subuh. Naik MAS. Sampai sana maybe Najib ambik, kalau dia tak ambik aku, camne la agaknya nanti. Harap2 dia datang amik. Kerja kat sana aku tatau lagi ape yang aku kene buat. Sama ada kene setup atau just kene monitor je? Tunggu je lah. Nak pi sana pun, memacam tips aku dapat. Pasal tukaran matawang, pasal jaga kesihatan, pasal pengangkutan, bla bla bla. Thanks for the information (Wyn, Najib, Abond etc).
This is my first time travelling to Indonesia alone (sebelum ni, travel sorang2 paling jauh pun singapore :P). Cuak dan gembira ada dalam hati ni, tapi banyak cuak dari gembira je aku rasa. Dem! Ahhh! Persetankan semua tu! Kita tunggu dan lihat nanti. So, maybe kalau ada masa/peluang nanti, aku akan blog dari seberang. InsyaAllah.
Kalau ada orang boleh buat, takkan aku tak leh buat?
:0