Wednesday, September 14, 2005

Pelik

Aku sungguh pelik hari ni, tadi aku dah dapat slip gaji aku untuk bulan ogos, bila aku check balik (antara nilai dekat slip dan nilai 11% dari gaji basic), penolakan epf aku dah lebih dari biasa. Bila aku check dekat kwsp punya web melalui akaun aku, nilai wang yang masuk ke akaun epf aku pada bulan ogos still sama macam bulan bulan yang lepas, aku kira2 balik, ada short rm44, mana pergi rm44 tu ek? (ni dah termasuk tolak duit kelab sukan dan socso) pelik nih, ke epf yang company ni buat bukan 11%? aku pun tak faham sebenarnye pengiraan akaun company aku ni, ke cetakan slip ni yang silap? (actually, aku tak pasti pun berapa duit yang dah bankin dalam bank aku hujung bulan lepas). Kang aku complaint lagi kang, jadi blacklist la pulak nama aku. Hurmm, ntah la, biar je lah, kalau aku betul, aku halalkan je la duit tu. Aku taknak berkira sangat, taknak la orang mengata aku ni kuat bising, salah sikit je terus nak melenting, tapi benda2 macam ni kita kena sensitif, kena peka, kene alert. Benda ni hak kita. Kena jaga la. Kalau duit tu dia tolak atas sebab tertentu company, aku boleh terima kalau dia explain, ni masalahnya tak explain, tolak berdasarkan atas epf pulak tu. Explain la lain kali! Tak pun bagitau dalam payslip tu.

Walaubagaimanapun, aku still bersyukur sebab, aku masih ada kerja dan still dapat mencari rezeki yang halal. Ada ramai lagi orang yang tak dapat makan, takde tempat tinggal, macam dalam rancangan BersamaMu tu. Lagi satu, ade cerita yang agak mengembirakan aku juga la, bos aku email aku, Alhamdulillah. Ceritanya? ada la, hehe. Mana leh bagitau, abis sumer aku bagitau, hidup aku memang tak secure la macam ni.

OUM ni pun satu hal, yuran bulan MEI aku tertunggak rm80 je, tu pun nak sekat result aku keluar, ampeh! takpe, nanti aku bayar 2 kali ganda, tau la!