Thursday, October 06, 2005

Jakarta v3.0

Huhu, dah 2 hari puasa kat Jakarta. So far ok la. Bagus gak time puasa kat sini, sebab aku tak perlu risau nak makan time lunch, duit pun save. Berbuka dan sahur kat rumah je, dah ada makanan :). Alhamdulillah.

Pagi tadi Najib balik ke Malaysia, sayu je, haha, tinggal aku sorang kat sini, tapi Abond sampai Jakarta petang ni. So, aku tak keseorangan la. Takat ni ok la kat office ni, problem takde lagi. Hopefully x de problem la. Maybe lepas ni aku kene setup VPN kot. Nak kene tau network diagram client camne. Huu! Blasah je dulu. Heharap boleh siap cepat, boleh balik Malaysia cepat. Hehe.

Abond kata nak bawak KFC dari Malaysia, huhu, besh! nak beli KFC kat sini takut sikit (ermm, bukan sikit, banyak gak la) sebab BirdFlu tu. Hehe. Merasa gak kot makan KFC karang :P. So petang ni aku balik sorang2 jalan kaki ke apartment.

Ok lah, dah nak kul 4.30, sini waktu dia awal sejam dari Malaysia. Kalau sini 4.30, Malaysia 5.30, tapi dah nak gelap dah, sebab maghrib pukul 5.45 camtu. Hehe, puasa pun rasa kejap je. Pagi tadi siap terlajak lak nak sahur. Aku bangun2 dah azan subuh, haha. Amik kesempatan buat assignment OUM tu sikit tadi. Heharap boleh siapkan cepat. Struktur data tu cam susah sikit la. Aku pulak x de notebook nak buat keje. Kene buat kat office je, adeh. Waktu sembahyang dah print. Hehe. Ok.

:)