Haha, aku dengar2 ada gak orang dah start tak puas hati mengenai topik salary adjustment aku tu, kwang3, as i expected. Huhu. Well, mende ni sebenarnye private and confidential, tapi aku tulis dalam blog sebab aku nak share kegembiraan aku je.
Well, aku rasa, aku layak mendapat salary adjustment. Aku join company ni starting basic salary aku RM1300 je pada tahun 2005. Sekarang aku dah 2 tahun kerja kat sini, adakah aku masih tidak layak menerima salary adjustment? Mesti ramai tak puas hati, aku dah agak. Tapi korang masuk tahun bila? 2006? 2007? Basic salary start brape? 1.5k? 2.5k? Layak tak korang terima salary adjustment? Salary aku lepas dah adjust pun tak cecah pun nilai tu.
Kadang2 aku fikir, manusia ni memang tak pernah puas, ye, tak pernah bersyukur dengan ape yang dia dapat selama ni. Asyik nak lebih dan lebih dan lebih, tapi tak pernah nak menilai sejauh mana kelayakan diri tu. Asyik nak demand lebih je. Tetapi layakkah anda? Aku tak mintak pun nak dapat adjustment ni. Dulu memang ye aku penah bising pasal gaji aku, tapi awal tahun lepas aku dah dapat kenaikan, aku tak bising dah. Kali ni company nak bagi salary adjustment, so dengan besar hati terima la.
Bab semua patut dapat, aku tak rasa salary adjustment untuk semua orang, kalau salary increment, baru la semua patut dapat, based on appraisal gak. Tu je. Still tak puas hati? Pi fight dengan HR, tak puas hati lagi? Pi resign dan cari kerja lain yang lebih bagus, tak puas hati lagi? Bunuh diri! Wahahaha. Ops, yang last tu hopefully jangan buat la. Kwang3.
Nasihat aku yang hina ni, jangan la asyik nak menunding jari kepada orang lain dan menyalahkan rezeki orang lain sahaja, tapi lebih baik improve kan diri tu dulu, buat yang terbaik, cari peluang untuk jadi lebih cemerlang. InsyaAllah, rezeki tu ada di mana2.
:)