Ahh, banyak perkara menarik berpanjangan berlaku kebelakangan ni kat aku. Hehe. Antaranya, backpack Bagman Trekka Snapshot untuk D70 dah sampai. Cun gak backpack tu, rasa macam tak sia2 aku beli dengan harga RM239 from Digital Camera Magazine.
Aku dah topup duit dalam ASB. Berapa? Hehe, biarlah rahsia. Goal aku ialah, dapat capai RM50K dalam masa 5 tahun akan datang. Boleh ke? InsyaAllah boleh kalau keadaan kewangan yang consistant dan disiplin yang kuat.
Aku dah call PTPTN, asyik duk hantar warning letter kat aku suruh bayar outstanding hutang semasa aku ambil Diploma dulu. WTF! Aku tak dapat pun duit dari PTPTN. Dem! Akhirnya, PTPTN kata, abaikan je surat warning tu dan akan clearkan nama aku dari senarai penghutang! Main belasah je hantar warning, bukan nak check betul2! Duh!
Lagi, ada duit masuk dalam account Maybank aku. Sampai sekarang aku tak tau mana datang duit tu. Agak banyak juga yang masuk. Aku check gak dengan officemate aku samada diorang dapat gak ke tak, tapi tak sorang pun dapat. Nak kata claim, aku x de claim pun bulan lepas. Nak kata bonus, kejadah orang lain tak dapat. Nak kata elaun transfer, bebudak yang betul kene transfer tak dapat pulak. Hurmm, pelik2. Anyway, Alhamdulillah la rezeki. Hehe.
Balik Seremban hari sabtu lepas, ahad ada kelas. Mak ngan Abah pergi Sarawak, jalan-jalan. Hehe. So, lonely kat Seremban. Assignment Math Discrete dan Visual Basic dah submit. Settle. Tinggal Assignment OS pulak submit tutorial 5 nanti. Baki tunggak OUM sebanyak rm90 pun aku dah bayar tadi guna online je. Angah dah balik cuti seminggu. Lepas ambil Mak ngan Abah kat KLIA dengan Angah, pergi makan kat kedai tomyam yang kitorang bagi nama "Kedai Membimbangkan", haha. Well, aku belanja mereka, yep, rasa puas hati dapat belanja family ni. Priceless. Hehe. Huuu!
:)