Thursday, March 29, 2007

TM Phone

Semalam, ada sorang mamat call aku. Rupanya, dia ialah kontraktor Telekom (TM). Aku fikir balik, bila masa aku register? Bila ingat balik, rupanya aku dah pernah register hujung tahun lepas, wahaha! Setelah setengah tahun, baru nak datang pasang tadi, adeh, masalah2. Alasan kontraktor tu bagi ialah, port tak ada, kene tambah port baru, sistem tak match dengan system lama etc. Jawapan yang standard, huu. Well, aku dulu fikir nak abaikan je sebab tak ada respond ape pun dari TM, call orang yang aku register dulu pun tak dapat, so abaikan je la. Tetibe datang, accept je la. Akan datang aku nak apply gak nanti.

Streamyx tak ada lagi. Dulu aku register Streamyx tu sekali, tapi tak tau lah valid lagi ke tak application tu. Tapi aku dah mintak tolong Senior aku masa zaman sekolah dulu registerkan Streamyx. Senior aku ni keje kat TM. Kejap je pastu member dia call aku. So tengok lah, kalau port available, 3-7 hari, insyaAllah Streamyx pun masuk. Maka bertambah la bil2 bulanan aku, hoho, kui!

:)

Salary Adjustment

Haha, aku dengar2 ada gak orang dah start tak puas hati mengenai topik salary adjustment aku tu, kwang3, as i expected. Huhu. Well, mende ni sebenarnye private and confidential, tapi aku tulis dalam blog sebab aku nak share kegembiraan aku je.

Well, aku rasa, aku layak mendapat salary adjustment. Aku join company ni starting basic salary aku RM1300 je pada tahun 2005. Sekarang aku dah 2 tahun kerja kat sini, adakah aku masih tidak layak menerima salary adjustment? Mesti ramai tak puas hati, aku dah agak. Tapi korang masuk tahun bila? 2006? 2007? Basic salary start brape? 1.5k? 2.5k? Layak tak korang terima salary adjustment? Salary aku lepas dah adjust pun tak cecah pun nilai tu.

Kadang2 aku fikir, manusia ni memang tak pernah puas, ye, tak pernah bersyukur dengan ape yang dia dapat selama ni. Asyik nak lebih dan lebih dan lebih, tapi tak pernah nak menilai sejauh mana kelayakan diri tu. Asyik nak demand lebih je. Tetapi layakkah anda? Aku tak mintak pun nak dapat adjustment ni. Dulu memang ye aku penah bising pasal gaji aku, tapi awal tahun lepas aku dah dapat kenaikan, aku tak bising dah. Kali ni company nak bagi salary adjustment, so dengan besar hati terima la.

Bab semua patut dapat, aku tak rasa salary adjustment untuk semua orang, kalau salary increment, baru la semua patut dapat, based on appraisal gak. Tu je. Still tak puas hati? Pi fight dengan HR, tak puas hati lagi? Pi resign dan cari kerja lain yang lebih bagus, tak puas hati lagi? Bunuh diri! Wahahaha. Ops, yang last tu hopefully jangan buat la. Kwang3.

Nasihat aku yang hina ni, jangan la asyik nak menunding jari kepada orang lain dan menyalahkan rezeki orang lain sahaja, tapi lebih baik improve kan diri tu dulu, buat yang terbaik, cari peluang untuk jadi lebih cemerlang. InsyaAllah, rezeki tu ada di mana2.

:)

Wednesday, March 21, 2007

Baik Berpanjangan 3

Petang tadi, aku dah settlekan tunggakan bil maintainance apartment aku sebanyak Rm640+ yang dah lama tertunggak sejak aku masuk rumah tu since oktober 2006. Settle dah x de utang kat rumah, ade chance dapat parking satu lagi hoho. Lepas tu pi basuh kereta yang aku rasa dah 3 bulan+ kot x basuh2, wahaha, lepas tu petang hujang, kwang3.

Hari ni pi office, ada surat aku atas meja asst. bos, hurm. Aku bukak, skali yey! Surat pasal Salary Adjustment, bukan Salary Increment! Kwang3! Baru aku tau mana datang duit dalam account aku haritu (rujuk sini). Dalam surat tu kata, salary adjustment tu effective on 1st October 2006 tapi surat sampai 1st March 2007, pelik2. So duit tu sebenarnye tunggakan gaji aku sebelum ni, hehe. Anyway, syukur Alhamdulillah. Ada gak perubahan akhirnya. Rezeki. Hehe. Baru ada semangat sikit nak keje.

p/s : Aku rasa mesti jadi isu ni bila aku post pasal mende ni. Kita tengok nanti.

:P

I Got Cert!

I'm now a certified of Network Security in Brainbench certification. Haha. With score of as low as 2.98, i got it! Well, it's a free certification for network security. I don't have to pay any cent to take the test. So i just try it and i pass! Hoho. I know it's not a good result, i just want to try it only based on what i know. Yeah, still lots to learn.

Well, i don't know if this certification is recognize or not in Malaysian IT industries (i think this cert is not recognize by any companies at all). But who cares, i pass it and it will valid for 3 years from today's date.



I hope one day, i will get a pure recognize and a true certification by my ownself.

Verify My Certificate

:P

Sunday, March 18, 2007

Tenable Security

Tenable Security Docs

Lightning will be known as Security Center
Thunder will be known as Log Correlation Engine
NeVO will be known as Passive Vulnerability Scanner

p/s : Baru aku tau rupanya benda yang sama cuma tukar nama je! hahaha, duh! Need to masta this kind of technology, hurmm, thanks to Zain.

Saturday, March 17, 2007

Jabir's Wedding

Today, aku apply EL cause me and Murni went to my friend wedding, Jabir (opsi!). Jabir is my old friend masa zaman sekolah dulu. Majlis diadakan di Kompleks Komuniti TTDI. Pergi pukul 1pm. Sebelum tu pergi hantar kereta kakak Murni tampal tayar. Hmm, ada la member2 lama datang. Pejai, Fadli, Nik, Razlan, Azmer, Acai, Ikzal, Ain Sakinah, Yusrul dll. Meriah tapi sempoi. Hehe, ada satu perkara pasal baju Jabir aku dengan Murni duk diskas, ade lah, hehe.

Well, lama tak jumpa mereka semua. To Jabir, thanks for the invitation. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia ke akhir hayat dan murah rezeki, amin. Hehe. Bulan 7 nanti jangan x datang pulak. Hehehe.

Lepas pergi kenduri, ada hal yang nak disettlekan bersama dengan Murni. Kami pergi Medan MARA kat Jln. Raja Laut tu. Survey2 kad yang menarik. Well, dah ada keputusan and hopefully ok la nanti.

:)

Thursday, March 15, 2007

Happy Birthday Mom!


Today, 15/03/07 is my beloved mom's birthday for her 56 years old. Yep, it's also a time for her to get retirement from her job which is as a principal at SBP School. Well, not yet actually, she got an extended her job, contract but not as a principal anymore, but as a consultant. My dad told me, her contract was a short term only. Well, better short then never, Alhamdulillah. I really2 proud of her and she is my true idol. Start from an ordinary teacher, slowly grab a chance and challenge herself to do better and better everyday and finally, she got the best of it. I truly admired her spirits. I hope her spirits is also inside me. My blood was her blood.

To my beloved mom (Hajjah Khuzaimah Binti Haji Sulaiman) ,

may god bless you forever, may you got the happinest in your live with your family and your the one and only son (which is me), semoga murah rezeki, semoga panjang umur dan segala2 yang baik lah. I will always pray for your kebahagiaan dunia dan akhirat. I will support you what ever you do because you are the one and only my mother in this world.

"Ibu, ibu,
engkaulah ratu hatiku,
bila ku berduka,
engkau hiburkan ku selalu,
ibu, ibu,
engkaulah ratu hatiku ..."


I love you very much mother, Happy Birthday.


:D

Baik Berpanjangan 2

Haha, Alhamdulillah. Aku dah dapat balik duit dari AffinBank setelah mereka terdouble charge payment dari credit card aku semasa aku beli backpack dari Velocity Media Sdn. Bhd. haritu. Lega hati. Setelah berkali2 aku call/email mereka untuk dapatkan balik duit aku yang hilang tu. Tak banyak, cuma RM239 je. Ermm, bagi aku banyak tu. Hak aku ialah mendapatkan duit tu balik, so setelah aku berusaha, akhirnya aku dapat balik walaupun agak lama la tunggu, hampir sebulan, hehe. Puas hati. Many thanks to Miss Alice from Velocity Media Sdn. Bhd. for her help.

:)

Tuesday, March 13, 2007

Baik Berpanjangan

Ahh, banyak perkara menarik berpanjangan berlaku kebelakangan ni kat aku. Hehe. Antaranya, backpack Bagman Trekka Snapshot untuk D70 dah sampai. Cun gak backpack tu, rasa macam tak sia2 aku beli dengan harga RM239 from Digital Camera Magazine.



Aku dah topup duit dalam ASB. Berapa? Hehe, biarlah rahsia. Goal aku ialah, dapat capai RM50K dalam masa 5 tahun akan datang. Boleh ke? InsyaAllah boleh kalau keadaan kewangan yang consistant dan disiplin yang kuat.

Aku dah call PTPTN, asyik duk hantar warning letter kat aku suruh bayar outstanding hutang semasa aku ambil Diploma dulu. WTF! Aku tak dapat pun duit dari PTPTN. Dem! Akhirnya, PTPTN kata, abaikan je surat warning tu dan akan clearkan nama aku dari senarai penghutang! Main belasah je hantar warning, bukan nak check betul2! Duh!

Lagi, ada duit masuk dalam account Maybank aku. Sampai sekarang aku tak tau mana datang duit tu. Agak banyak juga yang masuk. Aku check gak dengan officemate aku samada diorang dapat gak ke tak, tapi tak sorang pun dapat. Nak kata claim, aku x de claim pun bulan lepas. Nak kata bonus, kejadah orang lain tak dapat. Nak kata elaun transfer, bebudak yang betul kene transfer tak dapat pulak. Hurmm, pelik2. Anyway, Alhamdulillah la rezeki. Hehe.

Balik Seremban hari sabtu lepas, ahad ada kelas. Mak ngan Abah pergi Sarawak, jalan-jalan. Hehe. So, lonely kat Seremban. Assignment Math Discrete dan Visual Basic dah submit. Settle. Tinggal Assignment OS pulak submit tutorial 5 nanti. Baki tunggak OUM sebanyak rm90 pun aku dah bayar tadi guna online je. Angah dah balik cuti seminggu. Lepas ambil Mak ngan Abah kat KLIA dengan Angah, pergi makan kat kedai tomyam yang kitorang bagi nama "Kedai Membimbangkan", haha. Well, aku belanja mereka, yep, rasa puas hati dapat belanja family ni. Priceless. Hehe. Huuu!

:)

Saturday, March 10, 2007

Amad's Wedding

Another colleague at my company get married today. It was a Muhammad's wedding. I went to his wife house at Bandar Manjalara with Hezli to attend his wedding. Well, it easy for me to find the house because it was near to my secondary school. Well, to Amad and his wife, i wish you both "selamat pengantin baru, semoga murah rezeki and happily ever after".

:)

Thursday, March 08, 2007

akr4m.net

Yehu! Hari ni, for the first time, aku topup Mastercard Debitcard NexG Ambank aku. Hehe. Kerana, aku nak try transaction online. Yep. Akhirnya! Best2!

Transaction online yang aku buat ialah, pembelian domain name berharga RM0.99 setahun. WTF!? Hehe, ya RM0.99, tak ada charge tambahan. Kui! Mana nak dapat domain tu? Pergi kat sini. Hehe. Oh ye, last promotion 12 march, so cepat2! hehe. Transaction success! Laju gak update. So lepas ni, korang bleh access blog aku menggunakan url http://www.akr4m.net/.

Enjoy!

p/s: Nak cari hosting yang murah2 pulak, bleh transfer domain ni, hehe.

:)

Monday, March 05, 2007

Wacha!

Aku edit lagi gambar untuk Persetankan.com, Tema kali ni : CANDID! So aku jumpa satu gambar aku tangkap masa aku jalan2 bersama DSLR kat Taman Bukit Jalil, sebelah je apartment aku haritu. Ternampak apek tengah taichi. Ni la hasilnya. Enjoy!

Tema : Wacha!
Lokasi : Taman Bukit Jalil



:)

p/s: Arghh! Assignment OUM Math Discrete tak siap lagi, macam mana ni? Minggu ni nak kene hantar dah! Tolong! :(

Saturday, March 03, 2007

Exzosted!

Huu! This morning, i wake up at 9.30am, duh! Pastu aku teringat, oh, hari ni ada futsal tournament between team KSS (Kelab Sukan dan Sosial) company aku. Duh, dalam email kata start 8.30am, sekarang dah 9.30am. Nak pergi ke tak? Well, aku sms Wynn cakap malas nak pergi. Tapi dia kata, game tak start lagi dan dia kata, "datang je la". Huu!

Lastly, aku decide untuk pergi gak la tengok2. Mandi cepat2, pastu main redah cari futsal court tu. Jumpa gak. Dan team aku dah main satu game. Seri 1-1. Aku pun duk melangok la tengok diorang main. Aku tak yah datang pun x pe sebenarnya. Semua team aku bleh main dah. So aku jadi pasukan pom-pom je la. Dapat main dalam 5 minit je kot satu game tu, pastu aku pancit gila, so aku keluar, tak masuk2 dah. Hahaha. Best tak?

Lastly team aku menang. Hmm, See, aku tak yah datang pun x pe, attendance tu je aku nak sebenarnya. Kesian gak kat team mate aku yang lain, ada yang tak dapat main sebab player yang main tu dah konker abis. Main jenis nak menang, tak boleh buat apa la, walaupun CSO, hehe. Takpe, biar lah korang main. Dah menang pun. Tahniah2.

Kepancitan aku tu tahap agak kritikal, menunjukkan betapa tak fit nye la aku. Aku lupa bawa inhealer, so that tak berani nak main lama. Teringat arwah ex bos aku dulu meninggal sakit jatung masa nak main futsal. Hmm. Walaupun aku main kejap, tapi masih rasa penat la, serius shit aku tak fit, dem! Huhu.

Argh, esok jogging!