Al- Fatihah, semalam khamis, makcik aku (Mak cik Manik), kakak kepada Abah aku telah menghembuskan nafas terakhir. Semalam, aku runner dari Seremban dengan mak balik Johor. Abah memang dah ada kat sana. Nasib baik semalam aku kerja malam dan aku ada kat Seremban, so boleh la aku bawak mak pergi sana. Nasib baik aku drive V6 mak aku, sedap sikit. Pergi balik hari, dari Seremban pukul 7 pagi, sampai sana 10 lebih, aku sempat sembahyangkan jenazah. Lepas nak kebumi tu, aku balik Seremban balik dengan Mak dalam pukul 12 lebih. Petang tu dalam pukul 4, aku balik KL balik.