Sunday, December 31, 2006

AidilAdha & 2007


Ohh, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat seluruh dunia. Aku baru je balik dari kampung. Sembahyang raya kat Masjid Kg. Majau seperti raya2 sebelum ni. Tahun 2007 ni tak tau lah kat mana pulak aku sembahyang raya. Hmm. Banyak gambar aku snap, hasil dari try and error aku. Nanti aku upload kat fotopages.

Gate kat rumah dah siap. First time rumah ni pakai gate auto, so sumer orang macam kagum gila. Hohoho. Bagus la, dah sampai masanya pakai gate macam tu kot, x de la aku jadi mangsa kene bukak gate. Hehe. Hari ni aku amik AL, malas nak pergi kerja abiskan sisa sisa AL aku yang tak habis pun sebenarnya. Tahun depan nak kena simpan cuti. Dah ada plan.

Lagi beberapa jam, kita akan melangkah arus masa, masuk ke tahun baru 2007. Alhamdulillah, aku masih bernafas. Tahun 2006 memang banyak kenangan. Yep, tak aku nafikan memang banyak kenangan. Tahun 2007 pun bakal mencoret (chewah) satu lagi sejarah dalam hidup aku. Ada beberapa perkataan baru dalam kamus hidup aku nanti. Hehe. Semoga tahun 2006 menjadikan pengajaran kepada segala kesilapan yang telah kita lakukan dan tahun 2007 akan menjadi tahun yang lebih baik, Amin.

Kepada semua orang, Selamat tahun baru 2007, selamat tinggal tahun 2006.

:)

Wednesday, December 27, 2006

Cuti Anyone?


Aku nak upload gambar aku snap tengahari tadi kat KLCC Park lepas aku pergi gym, tapi internet cam cipan beranak kembar, so lepak dulu, esok kat opis (ops!) aku upload dalam fotopages, hehe.

Aku rasa CCD D70 aku ada habuk masuk la, adeh! nampaknya nak kene hantar service CCD. Orang kata free je. Harapnya takde major problem dan memerlukan duit. Nikon kat PJ menara PKNS, hmm, bila nak pergi ek? Aku ingat nak amik cuti last call untuk tahun 2006 ni. Hari khamis ni 28/12/06, 31/12/06 dan 01/01/07 lah. Ada banyak lagi balanced cuti, terpaksa burn camtu je, carry forward 7 hari je, hurmm. Kalau 28/12 ni cuti, ingat nak pi Nikon la kot. Kene service sebelum raya haji ni. Banyak benda nak jadi focus ni.

:)

Saturday, December 23, 2006

The Last

First of all, i would like to congrats all staff in my company, especially to my colleague in my department for making our company successfully achive the ISMS ISO/IEC 27001:2005 certification. Yippi!

Secondly, today i go walking around in Kinokuniya (again!) and this time, i cannot control my self for buying a book. This time i bought a book about photography. Just want to know about my new hobby in details. Huu! Duh! Maybe this is the last book i bought in the year 2006. Yap! This is the last! Totally! Huhuhu. I'm an amateur so call dummies in photography, maybe this book will help me to become a professional phoyographer one day! huhu.



Hey! i got fotopages too!

:P

Wednesday, December 20, 2006

Hopefully

Alhamdulillah, audit untuk ISMS dah selesai, lega. Kui! Dengan harapan semuanya success. Amin! InsyaAllah kalau success, ada la kot habuan masing2. Bonus lebih ke, up grade ke, kui! Amin! Agaknye la. Bonus dan increment memang sangat penting bagi aku sekarang ni.

:|

Tuesday, December 19, 2006

Happy Bestday!

Happy beshday to you,
Happy beshday to you,
Happy beshday to my honey bunny! (kui! :P)
Happy beshday to you!

Yey! Selamat hari lahir yang ke 24. Uik, baru nak masuk 24 ke? hehe. Semoga panjang umur dan murah rezeki, amin! Hadiah dah dapatkan? Hehe. Ipod/Dopod ke lain kali la ek, budjet tarak la, hahaha.

:P

Friday, December 15, 2006

Cabaran!

Arghh! Tahun depan adalah satu tahun yang sangat mencabar bagi aku rasanya. Sebabnya? Ermm, cabaran dari segi life, kewangan, tanggungjawab, career? huu! Bab kewangan, tol akan naik pada tahun depan. Tol Kesas yang aku lalu hari2 tu nak balik rumah, nampaknya naik rm0.70. Wahh! rm1.50 + rm0.70 = rm2.20. Gilos! Nampaknya tahun depan aku tak boleh dengan gembira lalu kat smarttag lagi la nampaknya. Kene lalu depan TPM gak la nak lari tol. Tak bestnye. Tahun depan pun tatau lagi kenaikan gaji berapa. Ada ke? Hmm, memang mencabar. Minyak pun tahun depan pasti akan berlaku kenaikan gak, sebabnya tahun ni tak naik lepas naik rm0.30 haritu. Argh! Memang presure!

Anyway, department aku sekarang memang busy dengan certification yang nak apply sekarang iaitu ISMS. Huu! Busy gila2 nak kene study itu ini. Anyway bagi aku, job scope yang aku nak kene study tu ialah norm job aku seharian, so tak risau sangat kot? Cuma nak kene betul2 boleh jawab la. New project manager in the house! Hihi. Welcome to Kak Nasreen. My future cousin? Hihi.

Ohh, to all new SA and SSA, welcome aboard! to HQ.

:)

Newbie!

New gadget in the house! Hihi D70 with 18-55mm lense, ok la for a newbie like me. A lot things to learn. Every professional has start from amateur right? I like!

:P

Friday, December 08, 2006

Exam, PTPTN & Gate

Yebedabeduuu! Akhirnya, final exam aku dah HABIS! wahahahahahaha, "seronoknya saya!~". Heh, tapi tak tau la ape result nanti, aku memang study tak serius je. Harapnye lulus la. Tengok carrymark dah cemerlang. Huu! Malas nak pk.

Oh, oleh kerana aku exam, aku amik cuti panjang, hehe. Seminggu gak la. ye la, cuti Exam amik 3 hari, so dapat 4 hari tambahan (offday), huhu. Seronok2!

PTPTN hantar surat kat aku peringatan pertama, yang peliknya, pinjaman masa aku Diploma dulu kat MCC Kuantan. Masalahnya, aku tak pinjam pun dengan PTPTN, aku pinjam dengan MARA, pastu duk mintak duit plak, budus betul. Terdesak sangat ke nak duit? Haha. Aku bayar la hutang, tapi aku bayar kat MARA la sebab MARA yang kasi aku pinjam. Ntahape la. Anyway, aku dah fax surat menyatakan aku tak bersalah. Hehe.

Oh, gate rumah kat seremban ni dah jadi baru. Mak ngan Abah keluar peruntukan renovate pagar, gate auto + pondok garage. Hehe, sebelum masuk new year, insyaAllah siap, huu, rumah baru la nampaknye, erm pagar je baru.

Sunday, December 03, 2006

Books

It's was a long time since i bought my last book, erm, time management for system administrator i think. Yeah, i need to feed my brain by reading an interesting book rather then reading a blog on the internet. Oh, maybe i don't buy book anymore because i can get free ebook from the internet, duh! I know some book are illegal to download, but i still want to read and don't have a lot of money to buy a lot of books. Sorry!

However, i still buy a book. Yep, the newest book i bought was "Menguasai protocol TCP/IP dan networking" by En. Abdul Latiff Bin Esa. Yep, the book are in malay language. It was ease to understand what he want to teach inside that book and not just translate it from english to malay. I think that book was quite detail for it's catagories and people who are newbies in computer network area are recommended to read this book, i think. At least for me, it was useful.

Well, however, i still don't have a time to read that book because i need to read my Open University module first. Duh, tomorrow is my 2nd paper final exam, waa, still not finish reading that module.

:)