Wohaa! Selamat Pengantin Baru Woghihh! Tahniah! Wow! Kagum2 dengan majlis pernikahan Nazrul Neezwan, officemate aku yang bekerja sebagai System Administrator kat company ni. Majlis telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Yeah! Tempat aku, huhu. Memang grandis gak la. Cuma yang aku tak suka dewan tu ialah, parking very the limited only la, sape lambat kene double parking, huu! Blasah je. VIP dasyat gak, Undang Luak Rembau, Setiausaha Negeri, datuk itu, datuk ini. Hehe. Anyway, tahniah. Semoga berbahagia dengan isteri tercinta dan dikurniakan zuriat yang baik2 dan dimurahkan rezeki, amin.
Ermm, pada hari yang sama, sebelum bertolak, aku gerak dari rumah menuju ke office dulu pada petang tu dalam pukul 3pm. Plan nak pergi rumah CEO dulu di TTDI. Wan Azhar tak tau jalan dari office ke TTDI, so aku la yang lead (baca 1337, kui!) time tu, sampai TTDI, Wan Azhar lead balik sebab dia dah pernah pergi rumah CEO tahun lepas. Hujan boleh tahan la. Alhamdulillah, sampai. Makan2 ape sumer. Terima kasih CEO kerana menjemput kami (staff2) ke rumah untuk Open House. Oh ye, semalamnya, ada Open House Company, buat kat tepi jalan kat bangunan ni je. Huu, kambing golek confirm ada. Aku makan banyak gak. Tapi pelik, tak rasa pening. Alhamdulillah.
Picture of my company Hari Raya Open House 2006
Then lepas pergi rumah CEO, kitorang (4 kereta, 1 kereta lambat sikit) pun gerak la ke Seremban (my home town, oyeahh!). Aku la lead lagi. Plan seterusnya ialah beraya ke rumah parent aku kat Senawang. Hehe. Best la. Thanks guys kerana sudi beraya di rumah aku yang tak berapa muat korang nak masuk tu. Hehe. Sekarang korang semua dah tau kan jalan nak pi rumah aku, hehe. Kalau aku buat kenduri, jangan tak datang pulak. Kui! Tektik tu sebenarnya. Haha. Sembahyang maghrib kat rumah. Then baru la bergerak ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Aku lead lagi, haha. Dah area aku.
Well, tu je la al-kisahnya. Ada satu lagi kisah lawak misteri, tapi tu tak payah la bagitau, hehe. Best!
Oh, hari ni Abang and Nik nak fly pergi Indon lagi. Tatau sat gi boleh jumpa ke tak. Diorang pergi berjalan2 pulak. Aku kul 12 nak pi Fitness First, alamak, dah lambat. Aku gerak dulu, chow!
:)