Thursday, November 30, 2006

Gold Card & Astro

Huh, hari ni aku nak update la, perkara yang aku pakat dengan Ayoi hari tu dah success. Hehe. Ada la perkaranya. Kui! Pastu pagi tadi, aku saja merajinkan diri nak bukak postbox kat apartment aku, ada satu surat. Rupanya surat dari Citibank. Huu. Dia up status kad hutang aku menjadi Emas. Huu! Tinggi gak dia up kan credit limit aku, duh! Aku accept la gak sebab nak privileges dan emergency case. Harap aku tak buat hutang lagi banyak2! Isk!



Aku nak up balik satu posting aku yang dulu iaitu di sini. Posting tentang barang yang aku nak ada dalam rumah aku sekarang ni. So aku listkan balik lah ek.

1. Peti ais
2. Mesin basuh fully auto
3. Set bilik tidur
4. Sofa 3 Seater
5. TV 29" + Entertainment rack
6. Meja makan
7. Astro
8. Streamyx
9. Etc etc.

Hehe, yang Bold tu, actually hari ni aku register dan terus pasang tadi. Besh la, dia cucuk kat dinding sebab dish dia centralize dah atas atap apartment tu. Rasa macam cable tv kat indon tu plak, kui! Cuma decoder still kena pakai la. Dish dia kasi tapi tak guna la. Senang nak pindah nanti angkut je. Mana la tau, akan datang aku beli teres ke, condo ke, bungalow ke, kwang3! In your dream! Haha!

Oh, tentang exam aku haritu, duh! Ape la aku jawab agaknye ye, harap2 tak fail dah la, kui! Memang aku main blasah je tulis jawapan, haha! Duh!

:P

Tuesday, November 21, 2006

Holiday!

Ho ho holiday! Yeah, i apply for 3 days annual leave and i got 7 days holiday. Jangan jeles. Kerana itu dah memang rutin kerja dan cuti aku, nak buat macamanakan? Sape suruh tak nak apply kerja macam aku dulukan? Hehe. Well, holiday pun tak brape nak holiday la. Banyak rileks kat rumah je. 1st day cuti, kerana mak aku buat open house kat rumah Seremban, tolong2 mak. Lepas tu apply lagi 2 hari cuti, ada perkara nak kena settlekan. Fitness First dah siri ke 5 dengan personal trainer aku iaitu En. Wan. Aku recommend dia kalau korang nak apply personal trainer kat Fitness First Menara Maxis tu.

Tadi petang, Mak dan Abah datang rumah. Abah tolong pasang langsir kat rumah tu. Akhirnya, rumah aku dah ada langsir, kui! Aku suka la langsir rumah tu, matching dengan lampu. Hehe. Macam Casa Impian la plak. Satu je lagi tak ada, sofa. Budjet tak ada lagi la. Hehe. Takpe, pelan pelan kayuh. Orait!

:)

Monday, November 13, 2006

Nazrul's Wedding

Wohaa! Selamat Pengantin Baru Woghihh! Tahniah! Wow! Kagum2 dengan majlis pernikahan Nazrul Neezwan, officemate aku yang bekerja sebagai System Administrator kat company ni. Majlis telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Yeah! Tempat aku, huhu. Memang grandis gak la. Cuma yang aku tak suka dewan tu ialah, parking very the limited only la, sape lambat kene double parking, huu! Blasah je. VIP dasyat gak, Undang Luak Rembau, Setiausaha Negeri, datuk itu, datuk ini. Hehe. Anyway, tahniah. Semoga berbahagia dengan isteri tercinta dan dikurniakan zuriat yang baik2 dan dimurahkan rezeki, amin.

Ermm, pada hari yang sama, sebelum bertolak, aku gerak dari rumah menuju ke office dulu pada petang tu dalam pukul 3pm. Plan nak pergi rumah CEO dulu di TTDI. Wan Azhar tak tau jalan dari office ke TTDI, so aku la yang lead (baca 1337, kui!) time tu, sampai TTDI, Wan Azhar lead balik sebab dia dah pernah pergi rumah CEO tahun lepas. Hujan boleh tahan la. Alhamdulillah, sampai. Makan2 ape sumer. Terima kasih CEO kerana menjemput kami (staff2) ke rumah untuk Open House. Oh ye, semalamnya, ada Open House Company, buat kat tepi jalan kat bangunan ni je. Huu, kambing golek confirm ada. Aku makan banyak gak. Tapi pelik, tak rasa pening. Alhamdulillah.


Picture of my company Hari Raya Open House 2006

Then lepas pergi rumah CEO, kitorang (4 kereta, 1 kereta lambat sikit) pun gerak la ke Seremban (my home town, oyeahh!). Aku la lead lagi. Plan seterusnya ialah beraya ke rumah parent aku kat Senawang. Hehe. Best la. Thanks guys kerana sudi beraya di rumah aku yang tak berapa muat korang nak masuk tu. Hehe. Sekarang korang semua dah tau kan jalan nak pi rumah aku, hehe. Kalau aku buat kenduri, jangan tak datang pulak. Kui! Tektik tu sebenarnya. Haha. Sembahyang maghrib kat rumah. Then baru la bergerak ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Aku lead lagi, haha. Dah area aku.

Well, tu je la al-kisahnya. Ada satu lagi kisah lawak misteri, tapi tu tak payah la bagitau, hehe. Best!

Oh, hari ni Abang and Nik nak fly pergi Indon lagi. Tatau sat gi boleh jumpa ke tak. Diorang pergi berjalan2 pulak. Aku kul 12 nak pi Fitness First, alamak, dah lambat. Aku gerak dulu, chow!

:)

Friday, November 10, 2006

Transfer!

Arghh! Tak best betul. Akhirnya keputusan untuk siapa yang kene tukar ke client site dah decide! PERMENENTLY! Duh! Satu berita yang memang tak seronok. Oh, Alhamdulillah aku tak kene tukar. Saved by my diploma sebab syarat tukar ialah degree dan cert. Huh! Ramai budak2 department aku kene tukar. Bob, Nik, Najib, Idrus, Syah, PCK, Ahmad. Argh! Bosan betul. Pergi la cari orang baru. Tak boleh ke? Kitorang kat sini dah macam family, apehal nak transfer2 pulak. Ntah hape2 la. Macamana nak maju. Asyik tukar2 je.

Hmm, ntah la, tapi ape nak buat, bos aku pun x boleh nak buat ape sebab tu atas keputusan bos besar dan CEO. Cuma aku pun tak pasti, kawan2 aku ni bertuah atau tidak. Dari segi kerja, sebenarnya korang boleh upgrade, cuma yang tak best kene deal dengan client yang tak berapa best tu. Terutama kalau ada kes. Tapi diorang sumer akan naik gred, gaji confirm naik, resume confirm cun, cert sumer dapat cepat. Aku dah nak 2 tahun, still tak dapat naik gred, still x dapat apply cert. Sebenarnya korang cukup bertuah kalau fikir positive nak sedapkan hati la. Ye, aku tau. Aku tak kena pergi boleh la cakap macam2. Aku tau aku banyak cakap. Tapi kadang2 aku fikir gak, everything happen for a reason. Kita mana tau, something really good happen ke kalau korang pergi lepas ni ke atau mungkin aku tak kena pergi sana, tapi kalau aku pergi sana sepatutnya something good happen kat aku tapi aku tak dapat something good tu sebab aku tak kena pergi sana ke. Mana tau.

Anyway, congrats to my friends yang akan naik pangkat nanti, naik gaji. Confirm dah ada dalam tangan. Aku pun tatau lagi status aku camne. Tahun depan ntah ada ke ntah tidak promotion untuk aku sebab staff dari client site yang lagi tinggi post dari aku akan masuk sini. Takpe lah, rezeki masing2. Bersyukur dengan apa yang ada.

Anyway, congratulation and so long mates!

:|

Monday, November 06, 2006

Vi / Vim

How to be 1337 by using vi/vim as your text editor.



Great huh, enjoy!

:)

Malas

Huu, lama tak update. Malas la. Haha. Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni, tapi aku malas nak cerita, bleh tak? hehe, tanya korang sumer buat ape, dah hidup aku, suka hati aku la nak cerita ke tak, hehe. Alhamdulillah, cek saham dah dapat haritu, dah clear pun dah sehari je flood. Walaupun tak banyak mana dapat, tapi sape nak bagi duit free2 je kan. Tak boleh nak joli sekarang, kene menyimpan dah.

Rumah aku? Hmm, tak ada apa yang menarik, sama je macam sebelum raya, cuma aku dah beli penyedut hampagas (skima tak?) hehe. Habuk banyak la, aku tak bertukang pun habuk banyak, nak menyapu confirm aku malas punya, terpaksa la beli. Plan aku dengan Ayoi insyaAllah jadi. Aku nak kene urus banyak benda sekarang ni. Agak busy la terutama bulan depan. Final exam oum aku pun dah dekat, haram tak study lagi, duh.

Hmm, ok lah tu kot? Tak ada mood nak tulis blog lagi la, tunggu lah 2-3 hari lagi ke kalau ada perkara menarik, aku start aktif blogging balik. Oh ye, jumaat ni ada rumah terbuka company aku, aku kene tarik jadi komuniti plak, jaga tetamu. Huhu, dah la kerja siang time tu, si Wan ni main suka hati je tarik aku. Tengok la nanti macamana.