Huh, beshnye cuti. Cuti kali ni aku pergi ke Ipoh, sebab ada 2 jemputan kenduri. First was Che Sue (kawan Murni), and Caon (officemate lama aku masa kat ipoh). Che Sue kenduri kat Taiping (:P) hari sabtu, nasib baik senang cari rumahnya, Caon pulak kat Jelapang je hari isnin. Macam biasa, makan kenduri. Jumpa kawan lama, bos lama (hehe). Lepas pergi rumah Caon, cargas balik KL, sebelum tu singgah kat Simpang Pulai (rumah kawan mak Murni) sebab kenduri gak, so aku balik KL dengan perut yang kenyang :P.
Before pergi ipoh, Mak dah dapat V6 baru dia, warna midnight blue, V6 baru ni satu je aku tak suka, sport rim dia hampeh sikit, yang lain ok dah. Tapi free punya pasal. Hehe, lagipun bukan aku yang pakai, mak aku yang pakai. V6 MAT tu pulak tak gerak2, nanti lah kalau aku nak travel jejauh, aku nak pinjam lah. Hehe.
Along pinjam RM500 kat aku, apa benda ntah dia nak buat dengan duit aku tu. Nasib baik aku tak la sesak sangat, boleh la kasi pinjam dulu. Alhamdulillah, rezeki aku tahun ni tak pernah putus lagi. Syukur.
Lagi beberapa hari je nak masuk tahun baru, macam biasa, tahun baru ni penuh dengan azam baru, tapi tahun2 yang lepas pernah ke aku berazam? Aku rasa azam aku banyak, tapi tak tertunai2 lagi kot? Hehe. So, harapnya, 2005 ni menjadi pengajaran kepada aku atas segala kesilapan yang aku dah buat dan 2006 ni akan membuka peluang kepada aku untuk memperbaiki segala kesilapan itu. InsyaAllah.
:)