Setelah aku kira-kira balik tentang budjet pengangkutan pergi kerja sekiranya telah berpindah ke opis baru nanti, aku compare antara naik LRT dan drive kereta, nampaknya, drive kereta lagi untung dari naik LRT. Ini kerana, tambang LRT je dah rm6.20 sehari. Padahal rm5 tu isi minyak kereta boleh pakai 2 hari (ulang alik ofis je la, tak pergi tempat lain).
rm6.20(pergi balik)x30 = rm186 (kira rm12.40 untuk 2 hari)
Tapi sekiranya jalan hehari jem dan rm5 takleh kira untuk 2 hari, still untung kalau rm10 untuk 2 hari, iaitu baru rm150.
rm10/2 =5x30hari = rm150 (kira rm10 untuk 2 hari)
still save rm30.
Kalau naik LRT, tu tak termasuk kira bayar parking untuk sehari. Sehari rm2.
rm2x30hari = rm60+rm186 = rm246 untuk perbelanjaan sebulan (30 hari). Perghh, banyaknya.
Kalau drive ke opis, parking tak yah bayar iaitu parking free. So dah save rm60. Huh!
Konpem aku bawak kereta gak nanti! Lagipun, area Jalan Ampang tu pepagi tak jem sangat, yang jemnye tu kat area Jalan Tun Razak. Kalau aku hantar awek aku pi opis dia dulu pun, tak lalu Jalan Tun Razak, aku rasa still tak banyak pakai minyak dan rm10 untuk 2 hari boleh diambil kira lagi :).
Takpun, susah-susah, aku bermastautin terus kat opis tu :P.