Wednesday, November 30, 2005

Blogging

Why i like to blogging? Entah la, maybe sebab aku suka cerita kat orang apa aku dah buat dalam life aku selama ni, wahaha, poyo gila! Aku pun tatau kenapa aku suka blogging sekarang ni. Ada je benda pelik2/tak pelik pun, semua aku cerita dalam blog aku, kuikuikui.

Actually, asalnya, aku blog ni saja nak letak apa job/project ke yang aku dah buat, last2 aku pergi cerita semua pasal life aku, kuikuikui, memang poyo gila. Ramai la pulak tu yang baca, kuikuikui. Well, aku tak kisah pun apa orang nak kata, sebab blog ni boleh mengisi masa lapang orang yang banyak masa lapang, hehe. Dari tak buat apa, baik baca blog aku, kan kan kan?

:P

Tuesday, November 29, 2005

Struktur Data

Pagi tadi, paper Struktur Data, huhu, aku rasa banyak gak jawapan yang aku buat salah, ni la sebabnya study last minit, padan muka aku, huhu! Actually, aku memang tak minat langsung dengan subject tu, huhu. So, kalau dapat lulus pun Alhamdulillah la. Duh!

:(

Monday, November 28, 2005

Carrymarks



Alhamdulillah, i got a nice carrymarks on this semester, so it`s time for me to study for the final exam, tomorrow is my 1st paper. Pray for me to get a good result!

Study beb study!

:)

Sunday, November 27, 2005

Fair Day

Hari ni aku rasa hari yang fair kat aku, ada nasib baik dan ada nasib malang. Hari ni hari gaji, so gaji masuk dan elaun tak tolak pun, Alhamdulillah. Semua hutang pun dah settle.

Yang aku terasa malangnye, lepas balik keje kul 9am tu, terus balik rumah sebab nak tidur, tengahari ingat nak pergi office balik, untuk berkumpul nak pi rumah CSO, dia buat open house. Sekali, sampai2 rumah je, aku baru teringat, kunci rumah aku kat Abah dan Along pulak takde kat rumah, dem! Aku dah la ngantuk gila. Lepas call sana sini, last2 aku amik keputusan, pi tido kat rumah Angah kejap. Nasib baik kunci rumah Angah aku ada simpan dalam kereta, Alhamdulillah, dapat aku tidur.

Kul 3p.m, aku gerak dari rumah Angah nak ke rumah CSO, sebelum tu aku call Bun, nak pergi sekali dengan dia sebab aku taktau rumah CSO kat mana, so aku pun lalu MRR2, dem! malang sekali lagi, jem gila! pelik betul la. Aku rasa hari ni, ramai yang buat open house last minit, sebab tu banyak kenderaan kat jalan raya, duh! 1 jam lebih kat jalan raya. Sampai2, makan2, pastu balik.

Awek aku balik ipoh dengan mak dan kakak dia, ada family gathering dia kata. Anak kepada kucing aku, 3 ekor dah hantar balik ipoh. Yimi ngan anak dia Baby je tinggal kat KL. So, sebab takde orang nak bagi makan kucing tu, aku diamanahkan suruh bagi makan. Actually, aku takde hal pun. Kesian kat Yimi tu kalau x de siapa nak bagi makan, lapar la dia.

Hmm, semalam, aku pi lowyat ngan Najib and Abang, so sempat singgah sg. wang, akhirnya aku ada gak series Las Vegas complete set DVD, season 1 ngan 2, puas hati aku. Nak beli kat Indon, x de keluar lagi, tu aku nekad, kalau jumpa kat Malaysia, memang aku terus beli, tak fikir panjang dah. Puas hati aku!

Esok aku nak balik Seremban dah, 29hb ni final exam 1st paper. duh! tak study ape pun lagi ni. Aku nak mintak cuti nanti sebab ada paper tu direct. Letih la ulang alik KL.

:)

Friday, November 25, 2005

I Wonder 3.0

Kadang2 dalam dunia ni, orang lebih nampak kesilapan yang kita buat walaupun kecil daripada nampak kebaikan yang kita buat walaupun besar. So, just accept it mende2 camni.

Agak2, gaji aku boleh ke naik tahun depan? dapat naik lagi 200 pun jadi lah, takpun cecah 2k, nak lagi koman, sama ngan semua S.A. :(

:|

Thursday, November 24, 2005

Last day!

Training : Last day! YahoOooOooOooOoo! :D

Hehehe, hari ni aku bagi test kat diorang, kuikuikui, susah payah aku buat soalan malam tadi. Keh keh keh! Ada 3 je hadiah yang company kasi sebagai hadiah kat diorang. Belasah je :P

Thanks to Wan Azhar for the idea!

:P

Wednesday, November 23, 2005

1 day more

Training : 3 days done, another 1 day to go! oyeah bebeh!

Cayalah kat aku, berjaya gak aku tambah module untuk cover hari ni!

:P

Tuesday, November 22, 2005

Kamus Online

Menarik gak mende ni. If korang guna web browser pakai Firefox, ada extension menarik dalam tu iaitu Kamus online.

Kamus English -> Malay
Link kat sini tau!

Install extension ni.
So kalau kita baca paper english, tak faham, just double click word yang tak paham tu guna mouse. Nanti akan keluar pop up dalam malay yang menerangkan maksud word tu. Setting server tu kena pilih : www.karyanet.com.my

Happy Kamusing!

:)

2 days more

Training : 2 days done, another 2 days to go! duh!

Bilik training tu panas la, anyone, help! I`m out of ideas what i want to teach them for another 2 days! erm, maybe a simple firewall iptables rules and mod security for apache maybe.

:P

Monday, November 21, 2005

3 days more

Training : 1 day done, another 3 days to go!

Malas nak gosok baju sebenarnye!

:P

Sunday, November 20, 2005

Final Preparation

Hari ni aku keje, actually aku sepatutnya off, tapi aku ganti Hafiz, sebab haritu dia dah ganti aku.

Aku duk baca apa2 notes dan slide yang aku dah buat untuk training esok. Aku duk test install RHEL AS4 guna vmware dalam laptop training. Test segala tools yang ada. Ni semua kene prepare awal2, kang kalut je. Huhu!

Q : Aku dah bersedia ke semua2 ni?
A : Blasah je! Cuak gak sebenarnye sebab kali ni aku perform nama company, bukan atas nama aku sendiri.

p/s : sesape ada beli paper berita berita harian semalam, 19/11/05, aku nak bleh? thanks.

Saturday, November 19, 2005

TV Series

The most favorite tv series that i totally love to watch are :

Las Vegas - besh sebab, bos dia, Big Ed memang otai gila, cool, ada kuasa veto yang power, gangster, ramai orang besar2 member dia. Cuma yang tak cool, dia manage casino.

C.S.I (Las Vegas) - besh sebab, style diorang solvekan semua crime memang cool, setiap staff ada specialist memasing. Diorg memang bijak.

Smallville - Walaupun citer ni ada tahyul dan tak masuk akal, tapi jalan citer dia memang cool. Jalan cerita ikut jalan cerita asal tapi pasal kisah dia zaman dia kecik2 yang kita tak terpk pun dulu. Lagipun, superman ni jenis tak pakai baju yang mengarut. Lagipun aku minat la kat Lois Lane tu :P.

Dr. House - Dr.House yang simple, ikut suka hati mak bapak dia je keje tapi bijak gila selesaikan segala penyakit pelik2 yang dia kene deal. Cool gila!

Kebanyakan series ni, semua citer pasal kehebatan secara berkumpulan kecuali Smallville yang dia sorang2 je dah boleh settle semua masalah. Dapat moral of the story? Saja nak share dengan korang.

:P

First & Last

This is the 1st and the last i celebrate my company open house for Hari Raya at this building area, after this, maybe it will be arrange at some other place. Well, i`m proud to be one of the staff of this company. We all enjoy our joy together here like one family under one roof. Thanks guys! :)

I uploaded the pictures that i snap on my company open house. You guys, as always, can view it in my pictures gallery at . Sorry for the blury pictures. I`m an amature photographer and using a low cost digital camera, so, you know what i means. Enjoy guys!

:)

Friday, November 18, 2005

Company Open House

Hari ni, openhouse kampeni berjalan dengan baik, hanya terdapat skit masalah kat cuaca dah parking. Petang tadi hujan lebat, Alhamdulillah sampai maghrib je, air kat office pun dah ada. Makanan sungguh banyak, kambing golek, satey, char kuey tiaw, kuih raya, bihun sup and etc. Kenyang perut, Alhamdulillah, burp! :P

Aku jadi traffic controller tadi, besh gak la layan walkie talkie tadi, haha, ngan sape ntah aku duk borak tanya parking, ada akak cleaner mana ntah duk jaga parking gak. Layan je. Ada satu citer lawak kesian, ada satu kereta waja tu, stuck kat lumpur tayar dia, pastu call tow truck, tow truck pun sampai, sekali dengan tow truck tu pun sangkut gak, duh! Terpaksa call lagi satu tow truck yang besar sikit. Akhirnya, berjaya gak tow truck ngan kereta tu keluar. Sian dan lawak.

Hari ni, banyak camera yang snap gambar, well, kita tunggu la gambar tu diupload nanti, aku pun ada snap gak sikit.

Kereta aku kat luar, sat gi la pi alih lepas dah clear abis semua orang.

:)

Minah Tudung

Sempoi gila lagu ni, hahaha, kualiti lagu DIY yang memang power. Huhu, lirik pun pedas gila. Hehe. Meh kita dengar. Klik kat sini untuk download. Enjoy!

Minah Tudung
@
minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak [bodoh]
pakai tudung tapi pakai pakai nya ketat ketat [bodoh]
ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pulak [bodoh]
mana ke tidak masyarakat kita di pandang rendah [bodoh]
#

kluar dengan mak pakai tudung
pakai sopan aurat tertutup
tapi bila kluar dengan kawan aurat terdedah
bagi lelaki tengok percuma

aku sendiri tengok pun heran
mana tak heran
agama kuat tapi baju ketat
bukak tudung rambut perang

perang..
perang..
konon tu nak tunjuk belang
tindik sini tindik sana
bukan di telinga saja
lidah pun ada
muka decent
tetapi perangai nonsense
ikut sesuka hati dia
tapi tak ikut segi agama

@-#

depan ibubapa pakai baju lengan panjang seluar panjang
tapi di belakang
lain citer macam monster
cabut kening ada tatu di badan dia
pakai makeup pakai lipstik punya tebal
macam [momok]
macam [momok]

masyallah..
masyallah..
tak bleh angkat
tak bleh angkat
tengok dia
tengok dia
goyang *&%#$@#
goyang *&%#$@#

masuk club pakai tudung
pegi tandas bukak tudung

ooo..
kemana pegi budaya..
kemana pegi agama..
mana pegi melayu kita..

@-#

dengar sini semua
jangan ikut trend masa kita
kita rosak kita hancur
sapa nak jawab bila kita di kubur
mak nak jawapkan? [sorry sikit!]
bapak jawapkan? [sorry sikit!]
atuk jawapkan? [sorry sikit!]
berani buat berani tanggung sendiri

pikir baik baik..
pikir masak masak..
jangan kita menyesal di hari kelak..

@-#

berubah lah kamu sebelum kamu di berubahkan
ye la tuk, atuk jugak yang pandai kan..
whatever la tuk..
eh eh budak budak ni..


:P

Wednesday, November 16, 2005

I Wonder 2.0

I wonder, adakah aku layak dah mengajar orang untuk kelas training? Tapi takpe, aku belasah je gak, sebab ni salah satu peluang. Harap2 kali ni, aku tak bagi ajaran sesat yang terlalu sesat. Hehe.

:)

@Hotspot T.Connaught

Hari ni aku layan Hotspot kat Clickers Taman Connaught ngan angah. Saja boring duk rumah. Aku off hari ni. Kat rumah pun takde internet. Live without internet is SUX!

Pagi tadi, aku hantar awek aku pi office dia cam biasa. 1st time aku lalu jalan yang dari Cheras ke Federal Highway tu *macet yang teruk. Macam2 la tekaan aku buat ngan awek aku, kata ada eksiden keta langgar moto la, moto tu mati la, lori langgar keta la, bila sampai je kat tempat kejadian, rupanya, ada satu uncle tu, Volvo dia tayar pancit, duhh! Sebab sebijik keta tu je, macet gila2 punya. Anyway, aku sempat hantar awek aku before 8 a.m, :)

About parking lot at my coming soon new office building, well, aku rasa, kalau kene bayar rm80 pun, bayar je lah kot, tapi camne ek kalau untuk shift staff? diorg datang 2 hari je keje, pastu 2 hari cuti, hurmm, kalau guna card cam touch`n`go takpe la. Well, just wait and see nanti. Terpulangla kat management. Ini aku terfikir sebab, kalau aku shift malam, aku tak boleh naik LRT, sebab takkan nak parking kereta kat LRT car park semalaman sampai siang esok, huhu.

Assignment Struktur Data aku dah ada result, setelah aku bersusah payah buat assignment tu kat Jakarta haritu, akhirnya berbaloi gak aku dengan result dia, sebab aku dapat A untuk assignment, hehehehe. Alhamdulillah, so sekarang, aku kene study lebih sikit la untuk final exam nanti.

*macet = traffic jam

:)

Monday, November 14, 2005

Semalam & Hari Ini

Hari ni beshday akak aku, Happy Beshday Ngah!

Ada rumor yang mengatakan, parking kat office baru nanti kene bayar RM80-RM120, wow! kalau kene bayar, baik naik LRT.

Confirm kot ada kawan aku sorang tu dapat naik jadi consultant nanti, tahniah la! :)

Aku dah bayar RM2500 kat Citibank, supaya hutang aku berkurangan dan aku tak perlu pening kepala lagi fikir pasal bayar hutang. Lagi cepat aku settlekan hutang yang ada lagi bagus.

Tadi ada lecturer member aku call, tanya pasal OpenVPN, aku cuba la gak tolong, tapi lebih baik dia tanya kepada orang yang lebih tau dari tanya aku, aku ni selalu bagi ajaran sesat je. Tapi aku cuba gak la selesaikan dan bagi solution yang baik kepada dia.

Semalam, lepas kelas, balik KL dengan Mak, aku hantar Mak pi INTAN Wilayah Tengah Sebab Mak ada kursus. So, alang2 pi KL, aku hantar la Mak sekali.

Stiker apartment angah, walaupun management buat transparent, Abah still dapat buat duplicate gak, hehe. Management tu ingat abis secure la buat transparent, hehe. Dia ingat tak leh tiru dah kot :P.

I Wonder

Berapa ramaikah orang dari office aku yang baca artikel mengarut yang aku tulis dalam blog aku ni?

:)

Friday, November 11, 2005

Budjet Baru

Setelah aku kira-kira balik tentang budjet pengangkutan pergi kerja sekiranya telah berpindah ke opis baru nanti, aku compare antara naik LRT dan drive kereta, nampaknya, drive kereta lagi untung dari naik LRT. Ini kerana, tambang LRT je dah rm6.20 sehari. Padahal rm5 tu isi minyak kereta boleh pakai 2 hari (ulang alik ofis je la, tak pergi tempat lain).

rm6.20(pergi balik)x30 = rm186 (kira rm12.40 untuk 2 hari)

Tapi sekiranya jalan hehari jem dan rm5 takleh kira untuk 2 hari, still untung kalau rm10 untuk 2 hari, iaitu baru rm150.

rm10/2 =5x30hari = rm150 (kira rm10 untuk 2 hari)

still save rm30.

Kalau naik LRT, tu tak termasuk kira bayar parking untuk sehari. Sehari rm2.

rm2x30hari = rm60+rm186 = rm246 untuk perbelanjaan sebulan (30 hari). Perghh, banyaknya.

Kalau drive ke opis, parking tak yah bayar iaitu parking free. So dah save rm60. Huh!

Konpem aku bawak kereta gak nanti! Lagipun, area Jalan Ampang tu pepagi tak jem sangat, yang jemnye tu kat area Jalan Tun Razak. Kalau aku hantar awek aku pi opis dia dulu pun, tak lalu Jalan Tun Razak, aku rasa still tak banyak pakai minyak dan rm10 untuk 2 hari boleh diambil kira lagi :).

Takpun, susah-susah, aku bermastautin terus kat opis tu :P.

Thursday, November 10, 2005

Slide Siap!

Presentation slide untuk Linux Hardening dah siap, tapi malam kang lah aku email kat Wan Azhar. Nak kene check balik setiap slide tu dan maybe ada tambahan lain atau pembetulan ke.

So, boleh aku tumpu untuk study OUM ni. Lega sikit hati. Okeh, nak sembahyang subuh.

:)

Peluang

Semua orang ingin bekerja dalam bidang yang mereka minati dan yang sesuai dengan mereka serta akan buat yang terbaik terhadap kerja mereka sekiranya mereka diberi peluang. Sekiranya mereka tidak diberi peluang, maka akan berlaku la sindrom malas bekerja, buat kerja sambil lewa, takde semangat nak bekerja dan lain-lain.

Mereka yang mempunyai minat dan bersemangat terhadap bidang kerja mereka seharusnya diberi peluang untuk mereka melakukan kerja mereka dan mereka perlu ada kebebasan bekerja. Bekerja mestilah mempunyai keseronokan dan kepuasan.

Setuju atau tidak?

Slide, Ujian & Mercun

Slide presentation aku lagi sikit nak siap, ada lagi 2-3 slide kot. Kene buat cepat2 ni, takleh tangguh, esok la aku buat kat rumah, kat opis ni aku jadi malas nak buat, maybe sebab lampu kat opis ni kuning je, so aku jadi x de mood nak buat.

Baru aku teringat, aku tak buat lagi ujian 2 OUM aku, adus, 13hb ni ada tutorial 5 (final tutorial for this semester), kene amik ujian time ni la nampaknya. Kene study gak ni, walaupun maybe boleh tengok module gak.

Tadi aku mai2 opis, ade la plak bebudak ni duk main mercun, huhu, layan gak la main mercun ni, main mercun di tengah bandar KL, huhu. Lama dah tak main, haritu kat kampung, dapat la main 2-3 batang moontravel. :P

Petang tadi, pi Endah Parade, beli sandal baru. Huhu, tak beli dah jenis sandal bebudak yang ikat2 tu. Sandal jenis tu kalau basah, bau dia perghh! tak ingat punya!

Banyak pulak alert malam ni, kurun bilanye alert la ni.

Monday, November 07, 2005

Update Raya

Yes, today i`m at home, at my parent's home, my home town, Seremban.

Hari raya pertama - Balik Kampung Batu Kikir (Macam biasa, cuma terasa kehilangan Uwan, tapi dah agak, sejak Uwan meninggal, orang dah tak datang dah rumah). Buat tahlil untuk arwah Uwan, Atuk dan Onyang.

Hari raya kedua - Balik Kampung kat Benut, Tampuk Laut. I`m driving my mom's V6. (Tahlil macam raya selalu tu, tapi dah tak jemput orang datang, just family only, Pak Usu pun tak balik)

Hari raya ketiga - Beraya kat semua rumah sibling Abah kecuali rumah Pak Usu (sebab jauh sikit kat Segamat). Balik Seremban, Highway agak jem, standard la kan. Pergi rumah Pak Ngah dan Mak Mok.

Hari raya keempat - Mak masak nasi ayam (Sedap woo!), jemput Pak Ngah and family, Mak Mok and family makan, Hafizah anak Mak Lang pun ada sebab dia ada kat Seremban je study.

Bateri Iswara dah kong sebab Iswara tu pakai bateri kereta Wira Angah, memang dah nak kong pun, aku bagi duit kat Abah, abah beli bateri baru. Presentation slide tak siap lagi, ntah bila aku nak sambung siapkan. Along dah balik KL sebab esok dia dah start kerja. Aku maybe balik 8hb ni, sebab 9hb aku dah start kerja. Tengok la macamana. Esok ingat nak basuh baju tapi Seremban ni asyik kene catu je air, huh! Ingat nak jenjalan kat Jusco la esok.

:)

Wednesday, November 02, 2005

Ilalliqa' ya Ramadhan

Alhamdulillah, selesai sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

:)

Balik Kampung

Yeye! malam ni balik kampung! lepas keja, terus balik seremban. Barang sumer dah pack. Selamat Hari Raya Aidil Fitri (banyak tul ucapan raya aku dalam blog ni :P)



This is my last post before we all celebrate Hari Raya Aidil Fitri tomorrow and we will meet again, after this raya, InsyaAllah. I`ll take a leave only 6 days. See ya!

p/s: To those my friends who are not get a holiday for this raya, i wish you Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin and don`t forget to go to Masjid for Solat Sunat Aidil Fitri tau!

:)

Tuesday, November 01, 2005

Missing

This raya, i feel something is missing, that i miss a lot, my beloved Arwah Uwan (Hjh. Hambiah Bt. Md. Som - 1/2/2005). I miss her so much. Raya tahun ni tatau lah meriah macam dulu ke tak. Tapi, yang pergi tetap pergi. Kita cuma boleh berdoa agar roh yang pergi sentiasa dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Al Fatihah ...

Perubahan

Today i have to go to work, hari ni deepavali, orang cuti, aku lak keje. Nak wat camne. Tapi jalan kat KL ni dah clear. Kereta dah tak banyak kat KL, maybe dah ramai yang dah balik beraya kat kampung memasing.

Ada perubahan jadual mengajar Linux Hardening, dari 14/11 tukar ke 21/11. Takpe lah, bagus gak. Lagipun time tu takde apa nak buat. Kelas OUM Tutorial 5 13/11 ni.

Jadual final exam oum aku dah keluar. Exam start 29/11.

29/11/2005 : CBDS 2103 : 09.30am - 11.40am
02/12/2005 : CBDB 3203 : 03.00pm - 05.10pm
09/12/2005 : CBOP 3103 : 03.00pm - 05.10pm

aku rasa, aku tak perlu mintak cuti, sebab waktu ni aku boleh adjust dengan jadual kerja aku. So, x de hal kot nak pi exam nanti.InsyaAllah.

:)