Wednesday, June 04, 2008

RON97 RM2.70

Urgh! Minyak naik lagi. Kali ni naik sebanyak RM0.78. Dari harga RM1.92 menjadi RM2.70. Aku x nak salahkan kerajaan yang memerintah sekarang kerana aku tau, ini bukan salah kerajaan. Kerajaan selama ini telah memberikan subsidi yang banyak terhadap pengguna petrol. Namun penjualan minyak harga pasaran dunia yang menyebabkan ketidakmampuan kerajaan ketika ini untuk menampung subsidi minyak yang diberikan. Aku bukan pro kerajaan mahupun contra kepada kerajaan. Aku menilai bergantung kepada isu-isu dan faktor yang ada.

Tapi, mungkin juga kerajaan yang menjadi penyebab kerana terlalu banyak projek2 yang ntah apa-apa dan pembaziran yang dilakukan. Mungkin kerana terlalu banyak koridor yang perlu dibina tanpa mengira pendapatan rakyat sehinggakan subsidi minyak diperlukan untuk perlaksanaan projek koridor kerajaan. Memang betul koridor ini akan membuka peluang pekerjaan kepada ramai rakyat, namun adakah rakyat akan menjadi hidup lebih senang selepas itu? Kadar kos sara hidup pasti akan meningkat berdasarkan pembangunan yang dilakukan. Syarikat yang menawarkan pekerjaan itu pastu ingin mengawal pengeluaran perbelanjaan, jadi tiada kenaikan gaji atau bonus terhadap pekerja. Gaji yang ditawarkan pula adalah kecil.

Ada juga aku fikir rakyat yang bersalah. Membazir penggunaan petrol yang ada. Selama ini kerajaan telah memberikan subsidi yang banyak untuk petrol, namun apabila kerajaan mengumumkan kenaikan sebanyak RM0.30, rakyat masih ingin memberi komplen bahawa kerajaan menaikkan harga minyak sewenang2nya. Adakah rakyat tidak tahu mengenai subsidi yang diberikan? Masih tidak mahu bersyukur sehinggalah kerajaan memutuskan untuk membuang subsidi sedikit demi sedikit supaya rakyat membayar harga petrol dengan harga pasaran dunia yang tinggi? Heh. Ada juga aku dengar, pembangkang ada memancing undi untuk mengurangkan harga minyak sekarang dari kerajaan yang memerintah sekarang. Adakah mereka tahu nilai asset kerajaan sekarang? Bolehkan mereka mengotakan janji mereka untuk menurunkan harga minyak yang mengikut harga pasaran dunia itu? Dengan memberi subsidi? Heh.

Ya, Malaysia memang mempunyai minyaknya sendiri, namun, kerajaan menjual minyak tersebut kerana minyak di Malaysia memang berkualiti tinggi dan harganya mahal. Malaysia terikat dengan harga minyak pasaran dunia kerana Malaysia menggunakan minyak petrol yang dibeli dari pasaran dunia kerana harganya murah berbanding menggunakan minyak sendiri yang berkualiti dan tidak mendapat pulangan nilai untuk negara.

Jadi, daripada membuat bising komplen sana dan sini, mari kita berfikir sejenak, kenapa semua ini berlaku? apa penyebabnya? apa penyelesaiannya? Daripada asyik menyalahkan orang lain, lebih baik kita membaiki diri sendiri dahulu. Berfikir bagaimana hendak mengurangkan penggunaan petrol yang mahal ini. Bagaimana ingin berjimat. Pencarian kerja baru yang menawarkan gaji yang tinggi mungkin merupakan salah satu jalan penyelesaian sekiranya pendapatan bulanan anda semasa bekerja adalah kurang dan kadar hidup semakin tinggi.

Jadi, mari kita sama-sama pening kepala memikirkan penyelesaiannya, huhu.

Ohh, aku berjaya que di Shell untuk isi full tank petrol berharga RM1.92/Liter tadi kerana pada hari jumaat ini hendak pergi ke Penang. Balik nanti pastinya RM2.70/Liter. Ohh! Apa nasib!

:(

- New Petrol and Diesel Prices Effective 5th June 2008
- Kenyataan Media Mengenai Pakej Penstrukturan Semula Subsidi