Saturday, February 10, 2007

Yimi In Memories

"Sesungguhnya, yang hidup itu pasti akan menemui mati."

Harini, Murni call aku, bagitau satu berita sedih. Dia kata, kucing kesayangan kami, Yimi, dah mati sebab kemungkinan jatuh. Cleaner kat rumah dia yang jumpa, telinga berdarah, dan dia dah tanamkan Yimi. Memang sedih. Setelah 4-5 hari Yimi hilang tak balik rumah. Yimi memang kucing yang kami paling sayang. Aku jumpa dia masa tahun 2005 kat Apartment aku kat USJ masa aku kerja kat sana. Masa Murni masih lagi di UiTM. Sampai sekarang dah tahun 2007, lama tu. Yang tinggal cuma la anak dia iaitu Baby yang macam gila dah duk mengiau cari mak dia.

Tapi nak buat macamana, dah sampai ajal dia. Sekurang2nya kita tau yang dia hilang tu sebab dah takde kat dunia ni, bukan sebab orang ambik. Bila aku teringat balik dan tengok gambar masa Yimi ni masih baby, memang sedih sangat tengok. Semoga Yimi bahagia di Sana, amin.