Tuesday, February 27, 2007

Ordinary

Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.
Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.
Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.
Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.
Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.
Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.Bosan.Buhsan.Boring.Bored.

Live is just an ordinary day, as always.

Bored.

:|

Sunday, February 18, 2007

Akikah Piccas

Back to Seremban yesterday. Reason ialah, nak pergi kenduri kat rumah Pak Ngah, akikah cucu Pak Ngah iaitu anak kepada Kak P. Dua sebab yang aku mesti pergi kenduri akikah dan cukur jambul ni ialah 1. Pergi kerana sedara dan dijemput 2. Nak test ambik gambar event/kenduri macam ni.

Saja test2. Memang tak perfect lagi dan banyak sangat kelemahan. Maybe boleh baiki pada masa akan datang, insyaAllah. To see more photo, feel free to visit my fotopages at here.

Enjoy!

:)

Thursday, February 15, 2007

Day@Lowyat

Alhamdulillah, company aku menghadiahkan insentif perayaan untuk Chinese New Year tahun ni dengan 0.5 bulan gaji. Well, kiranya 1 month la tu untuk insentif perayaan, 0.5 month Hari Raya AidilFitri dulu + 0.5 month Chinese New Year. Hehe, best tul dia budjet, duit tengah mencungap dalam bank, tetiba ada masuk duit. Esoknya claim plak masuk, memang best lah. Thanks to my company for this incentive.

To all my Chinese friends, Happy Chinese New Year. :)

Oh, tadi pergi berjalan2 ke Lowyat dengan Zain dan Bobci. Saja je kerana Zain nak usha handphone baru sebab handphone dia hilang. Aku bersama D70 skali, pi snap2. Gaya phoyojurnalism. Kwang3! Abis sumer aku snap. Tak kasi can. Huu, lepas ni kalau dah ada backpack, sedap skit nak bawak jalan2 DSLR tu. Tapi seperti biasa, semua photo yang aku amik bersamaan dengan suck! Yep, semua suck! Sebab ape? Sebab aku ni amateur la, bukan professional. Aku beli DSLR pun sebab nak buat hobby, sebab aku tak ada kamera sebelum ni, nak kasi hilang bosan. So, memang korang patut komen kaw-kaw pun. Usha lens kat Lowyat, bleh tahan gak harga masing2. Harga lebih kurang macam kat web je. Kene kumpul duit dulu, mo angkat lens 28-300mm kot, huu!

Tadi aku pergi 7-Eleven, sekali ntah kenapa gatal tangan beli Mastercard Debitcard NexG Ambank tu, rm25 je. Maybe alternative untuk pembelian menggunakan credit card secara online. Secure sikit kalau kene fraud.

:)

Sunday, February 11, 2007

Usang!

Huarghh! Terasa agak bosan 12 jam duk kat office ni, untuk menyedapkan hati, aku duk edit gamba untuk kontribusi kepada Persetankan.com. Tema kali ni ialah Usang, enjoy!

Pondok Usang


Old.Skool.Car

Saturday, February 10, 2007

Tribute!


Yimi In Memories 2005-2007, you will always in our hearts ...

Yimi In Memories

"Sesungguhnya, yang hidup itu pasti akan menemui mati."

Harini, Murni call aku, bagitau satu berita sedih. Dia kata, kucing kesayangan kami, Yimi, dah mati sebab kemungkinan jatuh. Cleaner kat rumah dia yang jumpa, telinga berdarah, dan dia dah tanamkan Yimi. Memang sedih. Setelah 4-5 hari Yimi hilang tak balik rumah. Yimi memang kucing yang kami paling sayang. Aku jumpa dia masa tahun 2005 kat Apartment aku kat USJ masa aku kerja kat sana. Masa Murni masih lagi di UiTM. Sampai sekarang dah tahun 2007, lama tu. Yang tinggal cuma la anak dia iaitu Baby yang macam gila dah duk mengiau cari mak dia.

Tapi nak buat macamana, dah sampai ajal dia. Sekurang2nya kita tau yang dia hilang tu sebab dah takde kat dunia ni, bukan sebab orang ambik. Bila aku teringat balik dan tengok gambar masa Yimi ni masih baby, memang sedih sangat tengok. Semoga Yimi bahagia di Sana, amin.

Saturday, February 03, 2007

Future Planning

Hiahh! Hehe, aku kat Seremban. Yep, tengahari tadi, lepas tido kat rumah kejap lepas balik keje, terus cargas balik Seremban. Sebabnya, ade kelas la besok tutorial 2. Alamak, esok ada kuiz, lupa nak baca2, kwang3. Malam ni lah baca.

Well, hari ni aku check CIMB account, Alhamdulillah, balance hutang OUM&PTPTN (ayat kat bawah sekali) dengan aku haritu, dia dah masukkan dalam account, ada la duit skit buat backup. Hehe. Duit aku pun, ada orang hutang dengan aku, so backup lagi. Claim dulu, 15hb ni dapat. Fuh, best je kan? Tapi bonus dan kenaikan? Dengar citer bulan 4, takpe, sabar dan bersyukur la dengan ape yang dapat. Walaupun adakala kita tetap tak puas hati, standard la, manusia mana pernah puas.

Oh ye, macam2 gak berlaku kebelakangan ni. Segala ape yang aku buat ke, beli ke, spend ke, actually memang aku fikir panjang gak untuk buat keputusan. Hmm, walaupun kekadang rasa macam tak betul je ape aku buat, tapi bila fikir long term, insyaAllah ia adalah perkara yang betul. Aku slalu mintak pendapat orang, kumpul pendapat orang, masing2 ada alasan masing2. Well, terpulang la kot kat masing2. Aku pun ada alasan aku sendiri walaupun memang akan ada yang tak setuju. Harap2 semua keputusan aku tu betul.

Sekarang ni, aku memang banyak betul berfikir untuk masa depan. Haha. Sekarang aku dah start fikir nak beli kereta baru (dah lama dah fikir sebenarnya huhu), nak beli satu lagi rumah baru jenis ada laman, ada target simpan duit, investment itu ini, nak buat itu, buat ini, macam2. Padahal benda ni lambat lagi pun nak implement. Aku pun pelik kenapa aku suka fikir mende2 ni, haha. Anyway, tak salah rasanyakan? Maybe boleh buat aku lebih bersedia untuk menghadapi masa hadapan yang lagi sukar. You never knows what will happen in the future.

:)