Tajuk emotional kan? Yes, perasaan bercampur baur. cewah ayat! Actually, ape ape pun, aku bersyukur kepada Allah atas kurniaan rezeki olehNya. Antara nak atau tak. Tapi akhirnya aku telah pun buat pilihan. Aku tak pasti ada ke tak orang baca blog aku ni lagi. Tak kisahlah. Ia dah jadi open secret dah sekarang. Sebenarnya aku telah dapat offer new job kat salah sebuah MNC dalam industry FSI. Tarikh start bekerja pada tempat baru ialah 5 May 2015 (Setelah buy out 1 bulan). Kali ni memang banking. Dulu Prudential FSI gak tapi sektor insurance. Akhirnya aku dapat offer dengan gaji angka kasar 5 figures, Alhamdulillah. Antara salah satu target aku tu ialah dapat reach 5 figures before 35. Position ialah Manager dalam technology yg aku minat dan aku akan menjadi SME (subject metter expert) terhadap technology tu iaitu Splunk.
Aku dapat rasakan cabaran yg bakal aku hadapi. Dapat la korek serba sedikit cerita dari kawan2 yg memang dah ada dalam tu. Memang akan sangat mencabar. Tapi, aku cuba sahut cabaran tu dengan sepositif yg boleh, insyaAllah. Proses yg aku lalui untuk mendapat offer tu agak sangat cepat. Pergi interview hari isnin, jumaat aku dah tau dah aku dapat offer. Samada diorg nampak kelebihan yg aku ada atau diorg memang bebetul desperate dan x de candidate lain yg diorg boleh cari, wallahualam. Aku anggap memang rezeki aku lah kat situ. Alhamdulillah.
Selain dari offer industry, company, gaji, position dan bidang, antara perkara yg aku rasa aku perlu accept ialah kerana lokasi tempat kerja iaitu kurang dari 5 minit je dari rumah. Satu lagi goal aku ialah, ini ialah MNC dan dalam bidang FSI dan gaji kasar dah cecah 5 angka, insyaAllah akan memudahkan urusan aku menjadi pelabur hartanah dan menuju financial freedom yg dah lama aku inginkan, insyaAllah. Walaubagaimanapun, ada banyak juga perkara yg aku terpaksa let go nanti. Antaranya ialah, free time, kebebasan membuat keputusan dan juga kegembiraan bekerja itu sendiri kerana Bluesify ni dah macam family bagi aku. Aku antara orang yg sama2 grow the company sampai tahap sekarang. Sedih memang sedih tapi satu hari nanti, i'll be back. InsyaAllah.
Habis bab kerja baru.