Monday, April 06, 2015

2015: My Financial Freedom Journey

Ha! Jom citer journey aku skang. Alhamdulillah, semakin nampak cahaya yg cerah di hujung terowong. Syukur sangat2. Berterima kasih sangat2 pada yang paling utama, Wifey aku yang aku rasa dia memang patut rasa jemu dan meluat bila aku start sembang pasal plan plan aku utk mencapai financial freedom ni. Walaupun aku tau dia jemu, Alhamdulillah dia masih boleh bertahan lagi kot dengar citer aku tu. Tambahan beliau la yg banyak membantu aku bila terdapat roadblock. Terima kasih sayang.

Meh aku share plan aku tu. Alhamdulillah, kitorang dah ada beli 1 bijik rumah kat Savanna tu. Market value untuk latest block yg Mah Sing bukak sekarang dah cecah RM500k. Kitorg beli haritu RM348k utk bumi unit. Dasat gak appreciation value dia naik. By the time rumah tu complete nanti 2018, insyaAllah MV mungkin boleh cecah RM600k+. Time tu kemungkinan rental rate dalam RM1.5k - RM2k or more. Jumlah kepadatan penduduk Malaysia pasti akan terus meningkat dan kadar young executive juga banyak di pasaran. Harga rumah pada masa tu mungkin sangat tinggi dan mungkin ramai yang baru nak memulakan kehidupan akan memilih untuk menyewa berbanding membeli. Ni aku punya predict je la. Bila appreciate dah tinggi, aku boleh la plan nak refinance ke atau tak untuk dapatkan lebihan cash dan boleh tambah asset lain.

Tahun 2015 ni, mungkin bukan tahun untuk aku membeli property lagi atas sebab2 ada debts yg gatal nak ilang dalam CCRIS tu. So tahun 2015 ni aku target untuk cut lagi beberapa bad debts untuk cantikkan record CCRIS. Alhamdulillah bulan March hari tu, satu lagi CC aku dah berjaya settlekan iaitu HSBC VISA aku. Alhamdulillah juga seperti post sebelum ni, aku dapat job offer FSI dengan pendapatan kasar mencecar 5 angka, syukur sangat. Ini sangat membantu mengurangkan credit risk aku nanti. Awal tahun 2016 nanti ialah hasil ASB Financing aku yang maksimum iaitu RM200k. InsyaAllah kalau rezeki dividen + bonus yang tinggi, ada pulangannya yang aku boleh gunakan untuk modal property investment atau clearkan mana2 lagi bad debts yg ada.

Aku ada booking satu rumah dekat dengkil, Teres 2 tingkat 20x73 FreeHold yang berharga RM645k. Expected mungkin hujung tahun ni. Sekarang dah 80% progress. Rumah ni dalam concept Build Then Sell. So aku hanya boleh buat loan bila rumah dah siap. Entry cost pun cuma RM1K jek. Kalau ada rezeki loan lepas hujung tahun ni, dapat la aku miliki rumah ni. Kalau aku layak buat 35 tahun loan dan 90% MOF, bulan2 dalam RM2.5k+, Kalau dapat sewakan dalam RM2k-RM2.3k (Fully Funish), masih negative cashflow tapi still acceptable. Aku boleh buat duit dari appreciation value. Market sewa ialah pekerja cyberjaya/putrajaya/ staff atau student UITM/ staff KLIA/KLIA2 dan lain2 lagi. Pendapatan sewa tu akan counter balik loan installment sebanyak RM2.5k dalam DSR aku. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau x ada pun x pa. Just move on.

http://dengkiltamanemas.blogspot.com/2015/01/taman-emas-dengkil-neighbour-to.html

Backup plan, ada rumah BTS ni yang market value sekarang dah cecah RM600k+. Mak tak bagi jual, tapi asset ni boleh digunakan sebagai penampan. Boleh buat remortgage atau O.D via property kalau diperlukan.

Tu je lah.