Apa kabar semua? Ada ke tak orang baca blog aku ni ntah hahaha. Syok sendiri je. Anyway, saja je nak update since my last post. Alhamdulillah, so far so good, still survive dengan kerja baru di FSI MNC. Boleh tahan banyak task nak kene handle. Semuanya project. Sebab aku tak manage operation support, tapi engineering. So segala test, development, consulting SME pasal Splunk semua lalu aku dulu huhu. Tak menang tangan, tapi Alhamdulillah masih manageable, insyaAllah.
Pasal personal financial, alhamdulillah. CCRIS aku semua dah 0,0,0. Tapi masih ada perkara nak kene tweak lagi kalau nak bebetul pergi jauh sebagai investor, especially property investment. Next plan selepas dah repair CCRIS ialah, nak kene repair DSR dan juga cari kekuatan pegangan (holding power) iaitu cash liquidity.
So next year plan:
1. Maybe terpaksa buat PL (final PL) untuk consolidate bad debts dan reduce DSR. (Tengah plan mcmana untuk exit)
2. Settlekan semua bad debts terutama outstanding CC, restructure and reschedule loan dan PTPTN Ujrah.
3. Proceed dengan tukar nama rumah BTS atas dasar kasih sayang. Buat remortgage/OD rumah untuk unlock cash. Cash ni mungkin akan digunakan untuk exit PL memula tadi.
4. Nak buat ASB2 Financing-i max 200k 30 tahun.
5. Nak beli sebijik atau multi submission (2 bijik) property.
6. Nak renovate rumah BTS gak (with DBKL approval - naikkan nilai renovation)
- extend living hall
- extend master bedroom (with porch slab)
- cover tangga dengan dry wall playwood (with store room/storage)
- modern plaster siling
- bukak siling atas untuk high siling dan buat loft
- extend dapur (including back yard) - bukak toilet belakang untuk luaskan dapur area, alih ke belakang. bukak dinding untuk open concept. lot of build in cabinet for storage
- extend bilik atas belakang, buat individual toilet.
- small deck kat porch. modern door. tiles, auto aluminium gate modern
- large folding glass door untuk living room, connected to deck.
- modern grill
Nak renovate mcm gambar bawah ni. huhu, berapa la kos agaknye ye. Berangan ... huhu