Friday, July 28, 2006

Kemaskini

Ye, aku cuti 4 hari, sebab Syah tukar dengan aku. Lepas ni aku kerja 4 hari pulak. Isnin haritu, aku pergi Hospital Selayang. Melawat kawan sebatch aku masa sekolah dulu, Azzah Othman. Dia sakit radang paru2. Aku pergi melawat dengan kakak aku yang juga satu dorm dengan dia dulu. Kesian sangat aku tengok, walaupun kami tak rapat mana, tapi dia satu batch dengan aku, aku rasa sebagai kawan, aku kene melawat dia. Tak kisah la sape pun kawan aku tu. Insaf sangat, dia terlantar je tak boleh bercakap, semoga dia cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala, amin. Harap kawan2 yang kenal/tak kenal Azzah Othman agar doakan kesihatan beliau.

Selasa 25hb haritu, aku pergi PWTC dengan Idrus, aku ajak dia pergi SecureMalaysia2006. Saja usha2. Aku ingatkan kami berdua je dari company kami, rupanya ramai betul. Aku dapat t-shirt (ISC)² sebab jawab soalan kuiz, soalan pasal Biometric.

Murni demam. Samada tension dengan kerja yang semakin banyak ataupun sebab sejuk masa dia pergi training kat Damansara Utama haritu. Training crystal report. Ntah la. Tapi dah pergi klinik dan dah nak sihat dah. Aku dapat Medical Card baru. Dulu ING sekarang Allianz. Dengar citer coverage lagi best.

Salman ada offer aku project dengan ayah dia, project dengan UIA lagi. Aku rasa cam malas je, sebab aku tau aku takkan success punya. Tapi sebab Salman pun join, aku pun belasah la join. Dia kata project ni sama je macam project dulu. Bayaran pun sama gak macam dulu. Flexible time.

Esok Pak Arab nak mai office ni la pulak. Kene tolong bos buat demo pulak. Hurmm, belasah je lah. Kalau pak arab tu tanya aku mende2 pelik, haram aku tau nak jawab ape. duh! Desktop aku dah kene harden dengan ISD, tapi harden yang agak menyusahkan aku. huh!