Wednesday, May 31, 2006

Jakarta Part2 02

Huh! Rindunye aku kat Malaysia! I miss the big city smell! dem! 5 days to go! Yahoooo!!!!

Stress Job

Pekerjaan yang paling stress aku pernah kerja, aku nak rate kat sini lah :

1. Kerja dengan company Singapore, DV9 International Pte. Ltd. Time ni post aku Associates Consultant, ni pun rekod kerja aku paling kejap. Haha, 2 minggu je bertahan. Tapi sempat pergi Singapore 4 hari free, huhu. Kerja aku kat sini ialah programmer cum system admin. Stress aku kat programmer tu sebab aku benci buat programming ni, haha. System admin tak ada masalah. Anyway, thanks to my ex bos, Mr Affendi for hired me.

2. No 2 yang paling stress ialah masa aku kene tipu kerja dengan bapak member aku. Stress sebab kene tipu dan susah gila nak lari dari company tu. Tensen gila. Tapi Alhamdulillah, aku bertahan sebulan je sebab nak amik gaji pertama, lepas tu blah terus. Sepatutnya aku x nak masukkan pun kerja ni dalam list job yang aku penah amik. Dalam resume pun aku x masukkan.

3. Ke 3 stress ialah job aku masa kat ipoh dulu. Stress sebab gaji lambat dapat. Lepas tu kene outstation selalu, jauh2 lak tu. Terpaksa pakai duit sendiri. Claim pun tak dapat. Actually seronok kerja kat sini. Company kecil je tapi macam family. Gaji pun kecil tapi aku tak kisah sangat sebab kat ipoh ni living cost rendah. Kerja ni pun 1st job aku dalam bidang IT actually. Lebih kepada system admin gak la. Hehe. Thanks to my ex bos, En Razak, En Ismadi and the whole team. I really enjoy working here.

4. Ke 4 ni, kerja kat Gateway Avenue Sdn. Bhd. Ni kerja aku sebagai IT Admin. Stress gak kerja sini. Company ni kat PJ. Aku stress sebab kerja remeh2 je panggil aku, haha. Pasal fax la, printer la, tensen tul. Pastu hari2, pagi2 kene meeting ngan bos aku dulu, kasi report yang aku pun tatau ape nak report, haha. Bos pulak orang Slovakia. Tensen2. Tapi ni kerja last aku sebelum aku kerja kat company sekarang ni. Job ni bertahan selama sebulan, hehe, dapat gaji je aku blah. Company ni master distributing untuk HP. Ada lagi hasil tangan aku kat web company ni lagi rupanya, haha. Walaupun cam hampeh. Tinggal sejarah.

5. Kerja kat IIUM sebagai RA, tapi tak la stress mana.

Rupanya, aku ni jenis tak boleh terima tekanan agaknya. Tekanan yang gila2 punya la. Takat mende kecik tu takde hal kot. Huu! Anyway, kerja mana yang tak stress, jual nasik lemak pun boleh stress kalau tak laku2. Ape yang penting, macam mana kita atasi stress tu. Aku kene betulkan diri sendiri supaya boleh tahan stress tu. Alhamdulillah, aku jumpa kerja yang aku stress sikit dan aku minat, gaji pun dah ok.

:)

Monday, May 29, 2006

MyTeam Vs Malaysia



Wah, team Malaysia menang 2-1 mengalahkan team setahun jangung atau team mee segera Myteam. Haha, walaupun team mee segera ni kalah, namun persembahan yang mantap tu berjaya gak menyebabkan team Malaysia hampir kecundang. Malu sey kalau team Malaysia kalah dengan team Myteam ni. Kalau la team Myteam ni ada banyak masa dan pengalaman, confirm team Malaysia ni boleh kene titik camtu je.

Anyway, congrats to Malaysia team because won this match and congrats also to Myteam and Shebby because give a damn tough fight to Malaysia team. Hehehe!

:P

Sunday, May 28, 2006

Bencana 02



Ya Allah, selamatkan aku, keluargaku dan semua umat islam kat bumi ni dari bencana yang dasyat. Semalam pagi, berlaku satu gempa bumi yang dasyat kat Yogyakatra, Indonesia. MasyaAllah, teruk gak ape yang berlaku. Gempa tu mungkin disebabkan Gunung Berapi Merapi yang semakin aktif tu kot. Alhamdulillah, kat Jakarta ni tak terasa gegaran yang berlaku walaupun Yogyakarta dengan Jakarta satu pulau. Harap tak ada kejadian buruk berlaku kat Jakarta, amin.



Takziah untuk keluarga kepada 3000+ rakyat Indonesia yang tewas di Yogyakarta. Kepada rakyat yang beragama islam, semoga roh mereka ditempatkan bersama2 orang beriman. Makin kesian aku rasa rakyat negara ni.

Saturday, May 27, 2006

Comments

Aku baru perasan bahawa selama ni, comment kat blog aku ni problem rupanya, haha, patut la comment dah tak masuk2. Maybe problem sebab template yg aku pakai tu kot. So now, aku dah tukar template lain (actually just a-look-like previous template). Comment pun dah boleh pakai balik. Hehe.

Thanks to Haineyy sebab bagitau pasal comment error ni.

:)

Friday, May 26, 2006

Playboy (M)

Wahaha, Malaysia pun nak buat Playboy Magz, hahaha, tapi secara underground la, cap ayamnye magz. Haha, kat Kelantan lak tu laris, duh! Rosak2. Haha. Tapi kalau dapat majalah tu, cam besh la plak, jual kat ebay ke, huuu, lumayan seh! Haha. Cap ayam pun cap ayam le. Haha. Kat Indonesia pun dah diharamkan, inikan pula kat Malaysia, lagi la confirm kene haram.


Link kat Berita Harian.


p/s: Duh! Macam2 cara orang nak kaya cepat. Rosak2!

Thursday, May 25, 2006

Stupid!

Arghh! Very damn stupid as*hole! Everyday got a problem here! Damn! I wanna back to Malaysia! Huu! 11 days to go! Dem! Karut betul la! Duh!

@#$%^&*(%#@!

p/s: Nasib baik ada kluar banyak kali video clip PussyCatDolls ni kat MTV!

:(

HITBSecConf2006



Hurm, i wonder if my company willing to sponser for this event again just like last year. Hehehe. Well, i just want the t-shirt, take pictures and meet friends there. Don't really care much about the talks. Duhh! i'm so lame!

:P

Monday, May 22, 2006

3rd Aniversary!

Happy aniversary to us,
Happy aniversary to us,
Happy aniversary to me and my girl,
Happy aniversary to us!

Yey! For the past 3 years, there's a lot of memory that we build together. From deep in my heart, i would like to say that i love u so much sayang. I want to live with you, forever and ever. Hehe. Jiwang la plak.



:)

Tahniah! 02

Huu! Sorang lagi member nak kawin. Huu! En. Faidzul Eazam. Hahaha. Ko nak kawin dah ye Jang! Well, tahniah la. Semoga masjid yang bakal dibina akan kekal selamanya, bahagia dan dimurahkan rezeki, amin. Majlis perkahwinan 11/06/06. InsyaAllah kalau tak ada aral, kalau aku tak keje time tu, insyaAllah aku sampai kat Beserah tu. Hehe.

:)

Thursday, May 18, 2006

Bye2 Gunners!

Duh, Arsenal kalah, 2-1 ngan Barcelona. Champions League Final. Aku dah agak dah! Henry tak menyerlah pun, Arsenal pun main 10 player je, Jens Lehmann kene red card, reff pun cam kampang! huuu! Anyway, congrats to Barcelona!

:(

Wednesday, May 17, 2006

Fakap's Blog

WTF! Fakap all the nonsense! Hehe, welcome to Fakap's Blog where they talks about anything nonsense! It`s maintain by mypapit and i am one of the contributor for speaks nonsense.

http://blog.fakap.net/

Enjoy!

Monday, May 15, 2006

PSP Links

For my reference only :

1. http://forums.maxconsole.net/showthread.php?t=19016

2. http://www.fanjita.org/

3. http://forums.psphacks.net/index.php/topic,13528.0.html

4. http://www.hackaday.com/entry/1234000687060851/ (downgrade from v2.0 to v1.5)

Thanks to Bobci.

p/s : PSP + N70 = N80/SE P990i (that means, no N80/SE P990i if i buy PSP)

:P

Saturday, May 13, 2006

Super Bored!

Yeap! totally super duper damn bored here! Waa, still got 23 days to stay! damn! I want to go back to Malaysia! I miss my country, my family, my girlfriend, my car, my house, my office! huu!

:(

Wednesday, May 10, 2006

Tahniah!

Tahniah buat kawan sekerja aku, Fidza dan Ramzani kerana mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 28/05 ni. Huuu! Kawin jugak ko ye Fiza. Hehe. Tapi slect, buat kenduri time aku takde kat Malaysia. Duh! Anyway, selamat mengakhiri zaman bujang, selamat menjadi pengantin baru, semoga bahagia ke anak cucu cicit hayat dan selamanya la, amin.


p/s: Actually, Ramzani is my bos at Jakarta, hurmm, cuti la nampaknya bos aku ni. Duh!

:)

Jakarta Part2 01

Hoho, i`m blogging from Jakarta. Cuaca baik, tapi petang tadi hujan lebat. Aku sampai sini 8hb haritu. Alhamdulillah, semua selamat. Naik cab dari airport, kene tipu gak la aku sikit, tapi x pe lah, niat sedekah walaupun dia tipu aku, bila lagi nak tolong rakyat sini. Flight haritu pun ok, dari KLIA pukul 4.30, sampai jakarta 5.30 p.m (jakarta time), actually 2 jam. Masa kat KLIA, aku boleh lak terserempak dengan CEO aku, dia nak pi Brunei, kui3, kantoi.

Malam ni aku dah start pi office. Tadi pergi KFC ngan Abang, makan KFC (check kombo 1) ngan nasik? kuikuikui, sedap gak la. Actually, aku lapar gila, sebab tengahari tadi tak makan pun. On the way nak pergi office tadi, jalan kaki, kat traffic light depan tu, ada eksiden. Motor langgar motor. Ada juga diorang ni eksiden. Aku ingatkan tak pernah eksiden. Bawak kenderaan macam tak ada undang2. Tapi cedera ringan je tu kot.

Orait, layan Astro 24/7 la kat sini nampaknye, kui3. Nak balik Malaysia! waa, haha, ada 4 minggu lagi aku kat sini, duh!

Sunday, May 07, 2006

Tomorrow

Yep, tomorrow is the day. Jakarta part 2. Petang. Huu! Ganti Bob yang dah pun pulang ke Malaysia semula. Kali ni aku fly sorang gak macam dulu. Cuma dah sampai airport nanti, kene pandai2 pergi apartment sendiri, takde orang amik dah. Malam lak tu sampai, aku belasah je la nanti camne. Cuak gak la rasa walaupun aku dah pernah pergi dulu. Huu, kat sana nanti kene shift, huu, bosan2! Well, barang dah pack, duit dah convert, passport dah ready, ticket dah sedia. InsyaAllah selamat pergi selamat balik, amin.

Jakarta! here i come!

:P

Thursday, May 04, 2006

Flight

Tiket flight ke Jakarta dah tukar dari 5/5 ke 8/5 sebab lebih dari 30 hari. Maybe tarikh balik ke Malaysia nanti pun akan awal gak. Takut ada masalah kat imigresen Indonesia. Harap tak ada masalah. InsyaAllah.

PS2 aku bagi Murni pakai. Sebab sebulan aku x ada, baik bagi dia main. Besok baru nak ambil tiket flight. Esok hantar claim ke Putrajaya. Jacket aku tak dapat lagi ni, kalau tak dapat esok, tak dapat la bawak pi Jakarta.

:(

Monday, May 01, 2006

Hari Pekerja

Hari ni hari pekerja, 1 May. Well, selamat hari pekerja semua! Walaupun aku kene bekerja di hari pekerja. Huu!

:(

Pak Poji

28/4 aritu, aku dengan family aku kecuali Angah, pi JB, follow rombongan Pak Poji, anak Tok Lang kawin. Besh gak la konvoi. Ada dalam 10 bijik kereta. Konvoi dari kampung. Pak Ngah start konvoi dari Skudai.

Siang akad nikah, malam tu kenduri. Grand gila. Buat kat dewan Jubli Intan JB. Siap ada okestra, ada food presentation, ada tarian zapin etc, ada slide presentation, perghh, macam pi konsert. Memang grand. Aku rasa budjet kenduri tu 50K ++ la.

So malam tu 29 April, beshday aku, hehe. Setelah 24 tahun, akhirnya aku berada kat negeri kelahiran aku balik. Hehe. Kui!