Wednesday, June 25, 2014

CCRIS & CTOS

Just nak share, ape yg aku dapat belajar dan perhati tentang CCRIS dan CTOS ni. Hasil experiment pengalaman aku menuju financial freedom nih:

CCRIS

1. ccris report boleh amik banyak kali kat bnmlink. 5 minit x sampai. (plan la parking properly)

2. kalau dah buat full settlement sesuatu loan, ia akan hilang dalam ccris report dalam masa 2-3 minggu je.

3. sesape yg banyak bad debts, pastu terfikir nak buat personal loan (kadar rendah) utk gali lubang tutup lubang, dinasihatkan amik ccris report ni dulu supaya kita bleh plan debts mana yg paling penting utk full settle dulu (paling banyak skip skip) dan debts mana yg makan commitment bulanan tinggi. Kalau tak nanti memang gali lubang tutup lubang la iaitu plan bayar loan yg salah, masalah masih x selesai.

4. kalau ada apply loan baru, ccris akan tulis remark status samada loan tu dalam proses atau lulus atau tidak. so, plan lah matlamat korang sebaik mungkin. kalau satu loan tak lepas, bank lain boleh nampak status tu dalam ccris report dan bank tu boleh consider nak bagi tak nak bagi.

5. Adalah dinasihatkan amik CCRIS report ni pada selepas 15hb setiap bulan. Sebab BNM akan update ccris report setiap 15hb. Nanti kang kalau amik awal bulan, ccris x update walaupun kita dah buat full settlement (masih nampak loan tu dalam ccris).

CTOS

1. Kalau nak buat loan, tapi ada CTOS, mmg buang masa la apply. Sebab bank akan reject terus x cakap banyak.

2. Tapi kalau nak buat current account (company atau individual), ada bank yang memang x boleh proceed utk submit permohonan dan ada juga bank yg boleh by pass dan consider permohonan buka akaun tu, dengan syarat ada jaminan (macam surat lawyer dah tarik balik kes ke etc.) Semua bergantung pada bank tu. Basically bank2 nama besar ni memang akan reject terus e.g. Maybank, CIMB. Bank2 kecik boleh consider lagi la mcm Muamalat etc. Mungkin ikut nasib gak kot. :P

Tak semua maklumat ni accurate, ni semua berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku je. Risiko atas diri sendiri ye.

Sekian. Harap membantu.

:)