
Aku ada gak la tengok kanak2 ni satu2. Walaupun penat sebab layan kenakalan mereka, tapi seronok dan ada perasaan sedih aku tengok mereka ni. Sedih sangat, tapi x macho la nak nangiskan, hehe. Bak kata iklan ni, "Jika anak sekecil Aiman tidak mendiskriminasi, mengapa tidak anda". Ye, memang aku ada gak rasa, selamat ke aku jaga budak2 ni? Tapi bila aku teringat balik iklan tu, kita x perlu rasa risau dan kita juga kene tahu bagaimana HIV tu boleh berjangkit untuk kita mengelakannya.
Kagum dan tahniah aku ucapkan kepada Kak Norlina Alawi kerana usaha dan kesungguhan beliau menjaga kanak2 yang tidak bernasib baik ni. Juga tahniah kepada company aku kerana usaha mereka untuk memberi kebajikan kepada kanak2 malang ni. Tidak lupa juga terima kasih kepada Kelab Sukan dan Sosial company kerana memberi peluang aku menjadi komuniti ni.
:|