Saturday, December 15, 2012

My Own Business!

I always interested in doing an online business. Tapi aku masih tercari2 apekemende la yang boleh dijual kat internet ni yang unik orang lain x pernah jual atau market yang kurang persaingan dan tiada modal atau sedikit je (haha nak senang je). Any idea?

Lucky me Big Bad Wolf kali ni takde buku pasal IT langsung. Yang banyak ialah buku marketing, business etc. So, borongan ialah menjurus kepada buku businesslah. Total damage RM100+- je, tak banyak sangat borong sebab budget limited tapi rasa rugi plak kalau x beli since buku2 tu sangat la murahkan. Baca tu bab lain, yang penting beli dulu, wahaha.

Hopefully i found what i'm looking for in the business life la. Anyway, Bluesify is already considered as my business as well sebab aku antara founding engineer, tapi still aku nak business yang aku betul2 own gak la. Hehe.

Amacam title post kali ni? Hehehehe

:)

Adverts

Salam,

Lama juga tak update blog ni. bukan x de masa, tapi maybe ada kemalasan skit. Memang banyak perkara aku nak cerita. Lebih kepada luahan perasaan la, tapi tak terluah. Ada kalanya biarlah aku pendam sendiri. Kerjaya aku sekarang sangat bagus. Walaupun aku sertai start ups yang buat masa ni masih kecil, tapi aku lihat potensi masa depan boleh menjadi cerah. Dengan keupayaan boss dan directors, memang aku ada keyakinan melihat perkembangan kampeni ni. Kami bermula masih baru tapi berupaya lock down beberapa opportunities yang ada dalam various industries berbekalkan skill set dan experience kami terdahulu. Terus terang aku sangat happy dengan kerjaya sekarang kerana adanya kebebasan dan peluang untuk melakukan apa yang aku minat. Kewangan juga tiada masalah sehingga kini, itu yang sangat penting sebagai seorang suami dan ayah yang menanggung 3 orang anak2 yang masih kecil.

Walaupun tiada masalah dari segi pendapatan tetap, namun aku masih memerlukan pendapatan tambahan la untuk meneruskan kehidupan ni. Tambah2 lagi dengan terdapatan bebanan hutang yang ada, salah aku jugak la, hahaha padan muka. Aku rasa idea letak ads affiliates ni insyaAllah mungkin boleh bantu serba sedikit la. Kadang2 sampai terfikir nak cari duit cara jahat, tapi nauzubillah la, macam desperate sangat la plak kan? Aku ada beberapa idea yang mungkin boleh diketengahkan untuk memohon grant dari beberapa agensi kewangan, tapi nak tulis proposal kertas kerja tu yang x jalan2 haha. InsyaAllah satu hari nanti pasti menjadi jugak idea aku ni.

Anyway, tu je la kot. Ada tak orang singggah blog ni pastu klik affiliate ads aku kat tepi tu ek? I wonder. Jika ada, terima kasih banyak2. Hanya tuhan yang mampu balas jasa baik anda.

:)