Wednesday, January 10, 2007

Cubaan II

Huhu, install Photoshop CS kat desktop office aku. Test lagi main2. Ape hasil? Ni dia, enjoy! Thinking of making money from my new hobby, dare to try me? Anyone? Hahaha!

Banner untuk fotopages, iklan2! hehe


Pelita Kehidupan


Petronas Twin Towers



:)

Monday, January 08, 2007

Cubaan

Aku macam seronok pulak test2 Photoshop CS ni, sampai lupa nak tidur. Test kat gambar yang aku snap sebelum2 ni. Enjoy!

Black&White


Kosong, Empty


:)

Back 2 [Old]Skool

Semalam aku balik Seremban lepas survey barang-barang kat Semua House. Sebabnya, tadi nak kene register dan ambil module untuk semester Januari 2007 OUM. Huu, kejap je cuti belajar ni ek. Well, yang bestnya, aku tak kena bayar pun untuk pendaftaran, sebab nama aku ada dalam senarai penerima PTPTN, lagipun OUM memang ada hutang dengan aku rm901 sebab semester lepas aku dah terlebih bayar. Selamat!


Terasa agak bengang pada ketika ini kerana handphone yang aku dah pakai selama 3 tahun tu akhirnya rosak gak. Sedih betul. Walaupun handphone agak cokia, Nokia 3100 je, Tapi aku sayang la handphone tu, rasa macam nak pakai sampai bila-bila, tapi nak buat macamana, dah tak boleh on. Nasib baik ada handphone backup. Back to old skool! Terpaksa pakai 3310 balik. Thinking of buying new phone? Hmm, the time is not come yet. Banyak perkara yang lagi penting nak kene buat, janji sekarang ni boleh call ngan sms cukup. Sedih.

:(

Friday, January 05, 2007

Nikkor 70-210mm


Hak hak, new lens in the house! Got it second hand also, huu, everything is second hand except the CF card, kui! Well, it's cheaper and condition is good. Hehe. Anyway, it was an old lens from Nikon, stop producing the product around 2000. Nikon AF Nikkor 70-210mm f/4-5.6D, it's a zoom/telephoto lens. Hehe. What i need next is a tripod and an external flash such as Speedlight SB800.

Read the review about the lens here and about the flash here.

Big thanks to Mr. vc0r3. Hehe.

:P

Tuesday, January 02, 2007

Spending

Selepas aku meneliti segala budjet dan perbelanjaan aku. Aku mula berfikir. Adakah aku overspend atau too much spend? Kalau kira2 balik, still ada la balance duit dari gaji. Meh kita tengok ape yang aku dah belanjakan dengan duit yang aku dapat setiap bulan, hurmm:

1. EPF rm189 - dapat balik (long term saving).
2. ASB rm115- dapat balik (long term saving), tinggal 7k kot.
3. Insurance rm100 - dapat kat aku balik nanti (long term saving).
4. Fitness First rm156 - Bulan 9 nanti tamat, lepas tu tak renew dah.
5. Maxis 012 rm135 avg. - Keperluan ni.
6. Kereta rm400 - keperluan gak, tinggal 6k lagi.
7. Api + Air + Maintainance rm122 - Keperluan.
8. Astro rm49.90 - Keperluan entertainment huhu.
9. B.R rm424 - Loan yang ntah nape aku buat.
10. MARA rm100 - Loan yang terpaksa aku bayar, tinggal 5k je lagi.
11. Citibank rm200 min. - Aku akan settlekan balance yg. tinggal.

Hohoho, too much spend ke, over spend bagi aku yang gaji ciput ni ek? kui. Tapi ada 6 perkara yang bukan la hutang sepanjang hayat aku. Ada 4 perkara yang akan memberi keuntungan balik kat aku tapi long term la. Azam tahun baru kot?, nak kurangkan perbelanjaan dan menyimpan lagi banyak. Adakah aku bijak berbelanja? Adakah aku bijak menyimpan? Adakah aku tak bijak langsung pasal kewangan ni?, hurmm. Hopefully, 2007 ni akan murah rezeki aku. InsyaAllah. Kui!

p/s: Esok nak call OUM, aku rasa diorang hutang aku dalam rm1k++ kot. Nak mintak balik hutang. Harapnya takde banyak karenah.

:|

Sunday, December 31, 2006

AidilAdha & 2007


Ohh, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat seluruh dunia. Aku baru je balik dari kampung. Sembahyang raya kat Masjid Kg. Majau seperti raya2 sebelum ni. Tahun 2007 ni tak tau lah kat mana pulak aku sembahyang raya. Hmm. Banyak gambar aku snap, hasil dari try and error aku. Nanti aku upload kat fotopages.

Gate kat rumah dah siap. First time rumah ni pakai gate auto, so sumer orang macam kagum gila. Hohoho. Bagus la, dah sampai masanya pakai gate macam tu kot, x de la aku jadi mangsa kene bukak gate. Hehe. Hari ni aku amik AL, malas nak pergi kerja abiskan sisa sisa AL aku yang tak habis pun sebenarnya. Tahun depan nak kena simpan cuti. Dah ada plan.

Lagi beberapa jam, kita akan melangkah arus masa, masuk ke tahun baru 2007. Alhamdulillah, aku masih bernafas. Tahun 2006 memang banyak kenangan. Yep, tak aku nafikan memang banyak kenangan. Tahun 2007 pun bakal mencoret (chewah) satu lagi sejarah dalam hidup aku. Ada beberapa perkataan baru dalam kamus hidup aku nanti. Hehe. Semoga tahun 2006 menjadikan pengajaran kepada segala kesilapan yang telah kita lakukan dan tahun 2007 akan menjadi tahun yang lebih baik, Amin.

Kepada semua orang, Selamat tahun baru 2007, selamat tinggal tahun 2006.

:)

Wednesday, December 27, 2006

Cuti Anyone?


Aku nak upload gambar aku snap tengahari tadi kat KLCC Park lepas aku pergi gym, tapi internet cam cipan beranak kembar, so lepak dulu, esok kat opis (ops!) aku upload dalam fotopages, hehe.

Aku rasa CCD D70 aku ada habuk masuk la, adeh! nampaknya nak kene hantar service CCD. Orang kata free je. Harapnya takde major problem dan memerlukan duit. Nikon kat PJ menara PKNS, hmm, bila nak pergi ek? Aku ingat nak amik cuti last call untuk tahun 2006 ni. Hari khamis ni 28/12/06, 31/12/06 dan 01/01/07 lah. Ada banyak lagi balanced cuti, terpaksa burn camtu je, carry forward 7 hari je, hurmm. Kalau 28/12 ni cuti, ingat nak pi Nikon la kot. Kene service sebelum raya haji ni. Banyak benda nak jadi focus ni.

:)

Saturday, December 23, 2006

The Last

First of all, i would like to congrats all staff in my company, especially to my colleague in my department for making our company successfully achive the ISMS ISO/IEC 27001:2005 certification. Yippi!

Secondly, today i go walking around in Kinokuniya (again!) and this time, i cannot control my self for buying a book. This time i bought a book about photography. Just want to know about my new hobby in details. Huu! Duh! Maybe this is the last book i bought in the year 2006. Yap! This is the last! Totally! Huhuhu. I'm an amateur so call dummies in photography, maybe this book will help me to become a professional phoyographer one day! huhu.



Hey! i got fotopages too!

:P

Wednesday, December 20, 2006

Hopefully

Alhamdulillah, audit untuk ISMS dah selesai, lega. Kui! Dengan harapan semuanya success. Amin! InsyaAllah kalau success, ada la kot habuan masing2. Bonus lebih ke, up grade ke, kui! Amin! Agaknye la. Bonus dan increment memang sangat penting bagi aku sekarang ni.

:|

Tuesday, December 19, 2006

Happy Bestday!

Happy beshday to you,
Happy beshday to you,
Happy beshday to my honey bunny! (kui! :P)
Happy beshday to you!

Yey! Selamat hari lahir yang ke 24. Uik, baru nak masuk 24 ke? hehe. Semoga panjang umur dan murah rezeki, amin! Hadiah dah dapatkan? Hehe. Ipod/Dopod ke lain kali la ek, budjet tarak la, hahaha.

:P

Friday, December 15, 2006

Cabaran!

Arghh! Tahun depan adalah satu tahun yang sangat mencabar bagi aku rasanya. Sebabnya? Ermm, cabaran dari segi life, kewangan, tanggungjawab, career? huu! Bab kewangan, tol akan naik pada tahun depan. Tol Kesas yang aku lalu hari2 tu nak balik rumah, nampaknya naik rm0.70. Wahh! rm1.50 + rm0.70 = rm2.20. Gilos! Nampaknya tahun depan aku tak boleh dengan gembira lalu kat smarttag lagi la nampaknya. Kene lalu depan TPM gak la nak lari tol. Tak bestnye. Tahun depan pun tatau lagi kenaikan gaji berapa. Ada ke? Hmm, memang mencabar. Minyak pun tahun depan pasti akan berlaku kenaikan gak, sebabnya tahun ni tak naik lepas naik rm0.30 haritu. Argh! Memang presure!

Anyway, department aku sekarang memang busy dengan certification yang nak apply sekarang iaitu ISMS. Huu! Busy gila2 nak kene study itu ini. Anyway bagi aku, job scope yang aku nak kene study tu ialah norm job aku seharian, so tak risau sangat kot? Cuma nak kene betul2 boleh jawab la. New project manager in the house! Hihi. Welcome to Kak Nasreen. My future cousin? Hihi.

Ohh, to all new SA and SSA, welcome aboard! to HQ.

:)

Newbie!

New gadget in the house! Hihi D70 with 18-55mm lense, ok la for a newbie like me. A lot things to learn. Every professional has start from amateur right? I like!

:P

Friday, December 08, 2006

Exam, PTPTN & Gate

Yebedabeduuu! Akhirnya, final exam aku dah HABIS! wahahahahahaha, "seronoknya saya!~". Heh, tapi tak tau la ape result nanti, aku memang study tak serius je. Harapnye lulus la. Tengok carrymark dah cemerlang. Huu! Malas nak pk.

Oh, oleh kerana aku exam, aku amik cuti panjang, hehe. Seminggu gak la. ye la, cuti Exam amik 3 hari, so dapat 4 hari tambahan (offday), huhu. Seronok2!

PTPTN hantar surat kat aku peringatan pertama, yang peliknya, pinjaman masa aku Diploma dulu kat MCC Kuantan. Masalahnya, aku tak pinjam pun dengan PTPTN, aku pinjam dengan MARA, pastu duk mintak duit plak, budus betul. Terdesak sangat ke nak duit? Haha. Aku bayar la hutang, tapi aku bayar kat MARA la sebab MARA yang kasi aku pinjam. Ntahape la. Anyway, aku dah fax surat menyatakan aku tak bersalah. Hehe.

Oh, gate rumah kat seremban ni dah jadi baru. Mak ngan Abah keluar peruntukan renovate pagar, gate auto + pondok garage. Hehe, sebelum masuk new year, insyaAllah siap, huu, rumah baru la nampaknye, erm pagar je baru.

Sunday, December 03, 2006

Books

It's was a long time since i bought my last book, erm, time management for system administrator i think. Yeah, i need to feed my brain by reading an interesting book rather then reading a blog on the internet. Oh, maybe i don't buy book anymore because i can get free ebook from the internet, duh! I know some book are illegal to download, but i still want to read and don't have a lot of money to buy a lot of books. Sorry!

However, i still buy a book. Yep, the newest book i bought was "Menguasai protocol TCP/IP dan networking" by En. Abdul Latiff Bin Esa. Yep, the book are in malay language. It was ease to understand what he want to teach inside that book and not just translate it from english to malay. I think that book was quite detail for it's catagories and people who are newbies in computer network area are recommended to read this book, i think. At least for me, it was useful.

Well, however, i still don't have a time to read that book because i need to read my Open University module first. Duh, tomorrow is my 2nd paper final exam, waa, still not finish reading that module.

:)

Thursday, November 30, 2006

Gold Card & Astro

Huh, hari ni aku nak update la, perkara yang aku pakat dengan Ayoi hari tu dah success. Hehe. Ada la perkaranya. Kui! Pastu pagi tadi, aku saja merajinkan diri nak bukak postbox kat apartment aku, ada satu surat. Rupanya surat dari Citibank. Huu. Dia up status kad hutang aku menjadi Emas. Huu! Tinggi gak dia up kan credit limit aku, duh! Aku accept la gak sebab nak privileges dan emergency case. Harap aku tak buat hutang lagi banyak2! Isk!



Aku nak up balik satu posting aku yang dulu iaitu di sini. Posting tentang barang yang aku nak ada dalam rumah aku sekarang ni. So aku listkan balik lah ek.

1. Peti ais
2. Mesin basuh fully auto
3. Set bilik tidur
4. Sofa 3 Seater
5. TV 29" + Entertainment rack
6. Meja makan
7. Astro
8. Streamyx
9. Etc etc.

Hehe, yang Bold tu, actually hari ni aku register dan terus pasang tadi. Besh la, dia cucuk kat dinding sebab dish dia centralize dah atas atap apartment tu. Rasa macam cable tv kat indon tu plak, kui! Cuma decoder still kena pakai la. Dish dia kasi tapi tak guna la. Senang nak pindah nanti angkut je. Mana la tau, akan datang aku beli teres ke, condo ke, bungalow ke, kwang3! In your dream! Haha!

Oh, tentang exam aku haritu, duh! Ape la aku jawab agaknye ye, harap2 tak fail dah la, kui! Memang aku main blasah je tulis jawapan, haha! Duh!

:P

Tuesday, November 21, 2006

Holiday!

Ho ho holiday! Yeah, i apply for 3 days annual leave and i got 7 days holiday. Jangan jeles. Kerana itu dah memang rutin kerja dan cuti aku, nak buat macamanakan? Sape suruh tak nak apply kerja macam aku dulukan? Hehe. Well, holiday pun tak brape nak holiday la. Banyak rileks kat rumah je. 1st day cuti, kerana mak aku buat open house kat rumah Seremban, tolong2 mak. Lepas tu apply lagi 2 hari cuti, ada perkara nak kena settlekan. Fitness First dah siri ke 5 dengan personal trainer aku iaitu En. Wan. Aku recommend dia kalau korang nak apply personal trainer kat Fitness First Menara Maxis tu.

Tadi petang, Mak dan Abah datang rumah. Abah tolong pasang langsir kat rumah tu. Akhirnya, rumah aku dah ada langsir, kui! Aku suka la langsir rumah tu, matching dengan lampu. Hehe. Macam Casa Impian la plak. Satu je lagi tak ada, sofa. Budjet tak ada lagi la. Hehe. Takpe, pelan pelan kayuh. Orait!

:)

Monday, November 13, 2006

Nazrul's Wedding

Wohaa! Selamat Pengantin Baru Woghihh! Tahniah! Wow! Kagum2 dengan majlis pernikahan Nazrul Neezwan, officemate aku yang bekerja sebagai System Administrator kat company ni. Majlis telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Yeah! Tempat aku, huhu. Memang grandis gak la. Cuma yang aku tak suka dewan tu ialah, parking very the limited only la, sape lambat kene double parking, huu! Blasah je. VIP dasyat gak, Undang Luak Rembau, Setiausaha Negeri, datuk itu, datuk ini. Hehe. Anyway, tahniah. Semoga berbahagia dengan isteri tercinta dan dikurniakan zuriat yang baik2 dan dimurahkan rezeki, amin.

Ermm, pada hari yang sama, sebelum bertolak, aku gerak dari rumah menuju ke office dulu pada petang tu dalam pukul 3pm. Plan nak pergi rumah CEO dulu di TTDI. Wan Azhar tak tau jalan dari office ke TTDI, so aku la yang lead (baca 1337, kui!) time tu, sampai TTDI, Wan Azhar lead balik sebab dia dah pernah pergi rumah CEO tahun lepas. Hujan boleh tahan la. Alhamdulillah, sampai. Makan2 ape sumer. Terima kasih CEO kerana menjemput kami (staff2) ke rumah untuk Open House. Oh ye, semalamnya, ada Open House Company, buat kat tepi jalan kat bangunan ni je. Huu, kambing golek confirm ada. Aku makan banyak gak. Tapi pelik, tak rasa pening. Alhamdulillah.


Picture of my company Hari Raya Open House 2006

Then lepas pergi rumah CEO, kitorang (4 kereta, 1 kereta lambat sikit) pun gerak la ke Seremban (my home town, oyeahh!). Aku la lead lagi. Plan seterusnya ialah beraya ke rumah parent aku kat Senawang. Hehe. Best la. Thanks guys kerana sudi beraya di rumah aku yang tak berapa muat korang nak masuk tu. Hehe. Sekarang korang semua dah tau kan jalan nak pi rumah aku, hehe. Kalau aku buat kenduri, jangan tak datang pulak. Kui! Tektik tu sebenarnya. Haha. Sembahyang maghrib kat rumah. Then baru la bergerak ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Aku lead lagi, haha. Dah area aku.

Well, tu je la al-kisahnya. Ada satu lagi kisah lawak misteri, tapi tu tak payah la bagitau, hehe. Best!

Oh, hari ni Abang and Nik nak fly pergi Indon lagi. Tatau sat gi boleh jumpa ke tak. Diorang pergi berjalan2 pulak. Aku kul 12 nak pi Fitness First, alamak, dah lambat. Aku gerak dulu, chow!

:)

Friday, November 10, 2006

Transfer!

Arghh! Tak best betul. Akhirnya keputusan untuk siapa yang kene tukar ke client site dah decide! PERMENENTLY! Duh! Satu berita yang memang tak seronok. Oh, Alhamdulillah aku tak kene tukar. Saved by my diploma sebab syarat tukar ialah degree dan cert. Huh! Ramai budak2 department aku kene tukar. Bob, Nik, Najib, Idrus, Syah, PCK, Ahmad. Argh! Bosan betul. Pergi la cari orang baru. Tak boleh ke? Kitorang kat sini dah macam family, apehal nak transfer2 pulak. Ntah hape2 la. Macamana nak maju. Asyik tukar2 je.

Hmm, ntah la, tapi ape nak buat, bos aku pun x boleh nak buat ape sebab tu atas keputusan bos besar dan CEO. Cuma aku pun tak pasti, kawan2 aku ni bertuah atau tidak. Dari segi kerja, sebenarnya korang boleh upgrade, cuma yang tak best kene deal dengan client yang tak berapa best tu. Terutama kalau ada kes. Tapi diorang sumer akan naik gred, gaji confirm naik, resume confirm cun, cert sumer dapat cepat. Aku dah nak 2 tahun, still tak dapat naik gred, still x dapat apply cert. Sebenarnya korang cukup bertuah kalau fikir positive nak sedapkan hati la. Ye, aku tau. Aku tak kena pergi boleh la cakap macam2. Aku tau aku banyak cakap. Tapi kadang2 aku fikir gak, everything happen for a reason. Kita mana tau, something really good happen ke kalau korang pergi lepas ni ke atau mungkin aku tak kena pergi sana, tapi kalau aku pergi sana sepatutnya something good happen kat aku tapi aku tak dapat something good tu sebab aku tak kena pergi sana ke. Mana tau.

Anyway, congrats to my friends yang akan naik pangkat nanti, naik gaji. Confirm dah ada dalam tangan. Aku pun tatau lagi status aku camne. Tahun depan ntah ada ke ntah tidak promotion untuk aku sebab staff dari client site yang lagi tinggi post dari aku akan masuk sini. Takpe lah, rezeki masing2. Bersyukur dengan apa yang ada.

Anyway, congratulation and so long mates!

:|

Monday, November 06, 2006

Vi / Vim

How to be 1337 by using vi/vim as your text editor.



Great huh, enjoy!

:)

Malas

Huu, lama tak update. Malas la. Haha. Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni, tapi aku malas nak cerita, bleh tak? hehe, tanya korang sumer buat ape, dah hidup aku, suka hati aku la nak cerita ke tak, hehe. Alhamdulillah, cek saham dah dapat haritu, dah clear pun dah sehari je flood. Walaupun tak banyak mana dapat, tapi sape nak bagi duit free2 je kan. Tak boleh nak joli sekarang, kene menyimpan dah.

Rumah aku? Hmm, tak ada apa yang menarik, sama je macam sebelum raya, cuma aku dah beli penyedut hampagas (skima tak?) hehe. Habuk banyak la, aku tak bertukang pun habuk banyak, nak menyapu confirm aku malas punya, terpaksa la beli. Plan aku dengan Ayoi insyaAllah jadi. Aku nak kene urus banyak benda sekarang ni. Agak busy la terutama bulan depan. Final exam oum aku pun dah dekat, haram tak study lagi, duh.

Hmm, ok lah tu kot? Tak ada mood nak tulis blog lagi la, tunggu lah 2-3 hari lagi ke kalau ada perkara menarik, aku start aktif blogging balik. Oh ye, jumaat ni ada rumah terbuka company aku, aku kene tarik jadi komuniti plak, jaga tetamu. Huhu, dah la kerja siang time tu, si Wan ni main suka hati je tarik aku. Tengok la nanti macamana.