Sunday, October 23, 2016

2017 Personal Financial Roadmap

Salam,

Just to list out my 2017 roadmap/goals:

1. Remortgage BTS as max as i can to unlock cash for reinvest, holding power etc.

2. Purchase 1 or 2 more houses, perhaps a combination of primary, secondary and tertiary market.

3. Max ASB2 Financing (if i can't do this this year)

4. Purchase an individual land lot title to host a bungalow house 6000sqft >

5. Build a small scale of bungalow house (build up < 1500sqft as a start)

6. Invest in UT as max as i can

7. Invest in Stocks actively (IPOs/bluechips/REITs)

8. Invest/involve in business (UTC/Barbershop)

Thursday, October 13, 2016

Great Things Take Time



Great Things Take Time, So just be patient. Betul la tuh. Alhamdulillah, we are back on track! Plan yg aku buat sebelum ni berjaya juga so far. Walaupun ada sikit lari. Syukur.

Plan asal ialah, beli Cerrado dulu then baru Serena, tapi sebab Cerrado lambat pulak launching masa tu, so aku proceed Serena dulu. Bila Serena dah approved, baru submit loan Cerrado. Bila plan dah lari mcm ni, process nak secure loan tu mmg amik masa lama gak, 2 bulan! Alhamdulillah, 2 bank reject, RHB Islamic offer loan tersebut. Rasa happy betul. Cerrado yang aku beli ni ialah unit termurah dalam phase 1. Dalam masa 4 tahun development, insyaAllah banyak ruang untuk capital appreciation. Walaupun 2020 nanti aku x rasa akan dapat positive cash flow, tapi compare dengan unit unit lain dalam phase lain, rasanya aku dah untung banyak kat situ.

Modal aku untuk Cerrado ni so far 5K je (booking), developer borne SPA cost, RHB pulak finance Legal fee dalam loan, 10% downpayment pun borne by developer + dapat cash rebate 2% lagi dari M-Club (aku dah ada Savanna, which is MahSing product jugak kat Southville). So dapat la modal balik 5K booking tu nanti. Can consider beli rumah tanpa modal la ni kan? Hehe. Esok nak sign LO, lusa sign SPA. 3 kali dah MahSing SMS suruh sign SPA :P. Syukur dah settle.

Update kedua, aku join CWA as Unit Trust Consultant, under Kak Liza (Premier Wealth Advisors). Terbaik team ni, semua otai2 join especially otai ASBF macam KEY, Noor Amin etc. Rasa sekeliling memang positive. InsyaAllah, aku try yg terbaik utk menceburi bidang ni. Kene pandai buat sales dan faham pasal Mutual fund. Tu yang penting. In the sametime aku boleh guna platform ni untuk investment journey aku sendiri mcm ASB2F, UT sales. Aku invest, aku dapat faedah UT dan juga commission, menarik kan? Hehe.

Interested to learn more and invest in Unit Trust or ASB, please do contact me at +6012 3869318 and let me be you personal unit trust consultant :)



NEXT MOVE: Remortgage --> ASB2FMax --> Land/Auction/Subsales --> Barbershop

:)

Thursday, August 25, 2016

2016 Delayed Gratification Rewards

Alhamdulillah, another milestone achieved. It's not really a financial milestone, but more on a reward of delay gratification. Yes, new car in the house! It's not a porche or ferrari, it's just a bigger car that can carry my family safely (insyaAllah), comfort and functional (also affordable/reasonable for it class vs price) . People may not agreed with me, but Alhamdulillah, i already owned 3 houses, soon to be 4 if i'm able to secure the loan insyaAllah, and with maximum asbf as a backup income, soon to make another max asb2f, and a decent income currently, syukur Alhamdulillah.



Next plan is, to remortgage, to do max asb2f, to invest in a licensing business, to purchase a land and i think i'm good for retirement plan.

Pray for my success ya, insyaAllah.

p/s: anyway, miss my old cars already :(. so long friends, you have been great for us and served us well! Thank you!!

Monday, July 25, 2016

Blog dah bersawang!

Salam,

Baa cak? Selak sawang sekali sekala dalam blog nih haha. Saja nak nak update blog. Last update ialah last year huhu. Almost 1 year dah since last update, keh keh.

Ok lah, nak update plan 2016 yg aku target. So far Alhamdulillah on track :).


1. Bab kerja dekat FSI MNC, Alhamdulillah. So far boleh survive lagi, tapi dah ada ura2 kemalasan dah. Haha. Positive2! Aku dpt 10% increment since last appraisal dan dapat bonus 1.x month sebab prorate, Alhamdulillah, sape nak bagi kan? hehe. Ni sangat2 membantu dalam portfolio aku. InsyaAllah akan cuba bertahan lagi.

2. Rumah BTS dah tukar nama, Terima kasih buat Bonda tercinta.

3. Ada buat minor renovation sikit kat rumah BTS (kitchen cabinet, plaster ceiling), utk cuba naikkan market value rumah ni. Guna duit bonus daaa.

4. Berjaya beli 1 unit townhouse 3 tingkat di Citra Residency (Seri Pajam Development) dekat Pajam sebelah Citrahills 2. Unit aku beli tingkat 3, harga RM308k. Tak de discount ape tapi dapat 3 unit parking. So kalau rental bawah 1k, kalau dapat sewakan 2 parking rm200, insyaAllah boleh la cover sikit monthly installment.

5. ASB Dividen dapat jugak lah walaupun x sebanyak yg aku target, Alhamdulillah. Masih bertahan untuk biar dia compounding next year.

6. Tengah plan nak beli 1 lagi rumah dekat Southville, Cerrado. Aku booking unit paling murah yg available. 656sqft exclusive service apartment. 2 Bilik 1 bilik air. Dapat guna Mclub so dapat cash rebate 2%. Booking 5k. Zero down payment sebab Mahsing buat cash rebate. Ok kan? Hehe. Dapat free kitchen cabinet, flooring, aircond, water heater, parking 2. Fuh. Tapi x submit loan lagi sebab grand launching 30hb ni, baru boleh submit loan. Harap2 lepas.



7. Berjaya fully settle Ambank Hire purchase Perdana v6 dan Citibank term loan. Tengah tunggu UOB provide jumlah nak kene bayar kalau nak fully settle UOB PL. UOB dan Citibank ni yg mencacatkan credit score aku dalam ccris sebab ada status reschedule dengan restructure.

8. Aku plan nak remortgage rumah BTS lepas berjaya beli Cerrado, dan ingat nak upgrade keta gak lah hahaha. Bad debt ni huhu. Ingat nak beli tanah gak. Maybe Tanah lot utk bungalow. Riki College Heights Garden Resort kat Pajam/Mantin, harga macam murah lagi. Dah riki kawasan haritu mmg mcm duk dalam resort la hutan2. Kalau beli pun maybe cash guna duit remortgage. Pastu hold lah 2-3 tahun ke, ada bajet boleh bina bungalow hehe. InsyaAllah.

9. Aku pun plan nak invest dalam business lah, tengah riki business barber nih. Mana tau kena dengan jiwa. Hehe, Target 2017/2018. InsyaAllah.

10. Next move:

Cerrado - Serena - Remortgage BTS - ASB2 Financing Max - Exit PL dan semua CC - Tanah Lot - Rumah Lelong - Invest Business Barbershop

Tu je la kot. Kita tgk bila la lagi aku nak update blog ni. Hahaha

Tuesday, November 10, 2015

2016 Plan - Possible?

Salam,

Apa kabar semua? Ada ke tak orang baca blog aku ni ntah hahaha. Syok sendiri je. Anyway, saja je nak update since my last post. Alhamdulillah, so far so good, still survive dengan kerja baru di FSI MNC. Boleh tahan banyak task nak kene handle. Semuanya project. Sebab aku tak manage operation support, tapi engineering. So segala test, development, consulting SME pasal Splunk semua lalu aku dulu huhu. Tak menang tangan, tapi Alhamdulillah masih manageable, insyaAllah.

Pasal personal financial, alhamdulillah. CCRIS aku semua dah 0,0,0. Tapi masih ada perkara nak kene tweak lagi kalau nak bebetul pergi jauh sebagai investor, especially property investment. Next plan selepas dah repair CCRIS ialah, nak kene repair DSR dan juga cari kekuatan pegangan (holding power) iaitu cash liquidity.

So next year plan:

1. Maybe terpaksa buat PL (final PL) untuk consolidate bad debts dan reduce DSR. (Tengah plan mcmana untuk exit)

2. Settlekan semua bad debts terutama outstanding CC, restructure and reschedule loan dan PTPTN Ujrah.

3. Proceed dengan tukar nama rumah BTS atas dasar kasih sayang. Buat remortgage/OD rumah untuk unlock cash. Cash ni mungkin akan digunakan untuk exit PL memula tadi.

4. Nak buat ASB2 Financing-i max 200k 30 tahun.

5. Nak beli sebijik atau multi submission (2 bijik) property.

6. Nak renovate rumah BTS gak (with DBKL approval - naikkan nilai renovation)

- extend living hall
- extend master bedroom (with porch slab)
- cover tangga dengan dry wall playwood (with store room/storage)
- modern plaster siling
- bukak siling atas untuk high siling dan buat loft
- extend dapur (including back yard) - bukak toilet belakang untuk luaskan dapur area, alih ke belakang. bukak dinding untuk open concept. lot of build in cabinet for storage
- extend bilik atas belakang, buat individual toilet.
- small deck kat porch. modern door. tiles, auto aluminium gate modern
- large folding glass door untuk living room, connected to deck.
- modern grill

Nak renovate mcm gambar bawah ni. huhu, berapa la kos agaknye ye. Berangan ... huhu



Monday, April 06, 2015

2015: My Financial Freedom Journey

Ha! Jom citer journey aku skang. Alhamdulillah, semakin nampak cahaya yg cerah di hujung terowong. Syukur sangat2. Berterima kasih sangat2 pada yang paling utama, Wifey aku yang aku rasa dia memang patut rasa jemu dan meluat bila aku start sembang pasal plan plan aku utk mencapai financial freedom ni. Walaupun aku tau dia jemu, Alhamdulillah dia masih boleh bertahan lagi kot dengar citer aku tu. Tambahan beliau la yg banyak membantu aku bila terdapat roadblock. Terima kasih sayang.

Meh aku share plan aku tu. Alhamdulillah, kitorang dah ada beli 1 bijik rumah kat Savanna tu. Market value untuk latest block yg Mah Sing bukak sekarang dah cecah RM500k. Kitorg beli haritu RM348k utk bumi unit. Dasat gak appreciation value dia naik. By the time rumah tu complete nanti 2018, insyaAllah MV mungkin boleh cecah RM600k+. Time tu kemungkinan rental rate dalam RM1.5k - RM2k or more. Jumlah kepadatan penduduk Malaysia pasti akan terus meningkat dan kadar young executive juga banyak di pasaran. Harga rumah pada masa tu mungkin sangat tinggi dan mungkin ramai yang baru nak memulakan kehidupan akan memilih untuk menyewa berbanding membeli. Ni aku punya predict je la. Bila appreciate dah tinggi, aku boleh la plan nak refinance ke atau tak untuk dapatkan lebihan cash dan boleh tambah asset lain.

Tahun 2015 ni, mungkin bukan tahun untuk aku membeli property lagi atas sebab2 ada debts yg gatal nak ilang dalam CCRIS tu. So tahun 2015 ni aku target untuk cut lagi beberapa bad debts untuk cantikkan record CCRIS. Alhamdulillah bulan March hari tu, satu lagi CC aku dah berjaya settlekan iaitu HSBC VISA aku. Alhamdulillah juga seperti post sebelum ni, aku dapat job offer FSI dengan pendapatan kasar mencecar 5 angka, syukur sangat. Ini sangat membantu mengurangkan credit risk aku nanti. Awal tahun 2016 nanti ialah hasil ASB Financing aku yang maksimum iaitu RM200k. InsyaAllah kalau rezeki dividen + bonus yang tinggi, ada pulangannya yang aku boleh gunakan untuk modal property investment atau clearkan mana2 lagi bad debts yg ada.

Aku ada booking satu rumah dekat dengkil, Teres 2 tingkat 20x73 FreeHold yang berharga RM645k. Expected mungkin hujung tahun ni. Sekarang dah 80% progress. Rumah ni dalam concept Build Then Sell. So aku hanya boleh buat loan bila rumah dah siap. Entry cost pun cuma RM1K jek. Kalau ada rezeki loan lepas hujung tahun ni, dapat la aku miliki rumah ni. Kalau aku layak buat 35 tahun loan dan 90% MOF, bulan2 dalam RM2.5k+, Kalau dapat sewakan dalam RM2k-RM2.3k (Fully Funish), masih negative cashflow tapi still acceptable. Aku boleh buat duit dari appreciation value. Market sewa ialah pekerja cyberjaya/putrajaya/ staff atau student UITM/ staff KLIA/KLIA2 dan lain2 lagi. Pendapatan sewa tu akan counter balik loan installment sebanyak RM2.5k dalam DSR aku. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau x ada pun x pa. Just move on.

http://dengkiltamanemas.blogspot.com/2015/01/taman-emas-dengkil-neighbour-to.html

Backup plan, ada rumah BTS ni yang market value sekarang dah cecah RM600k+. Mak tak bagi jual, tapi asset ni boleh digunakan sebagai penampan. Boleh buat remortgage atau O.D via property kalau diperlukan.

Tu je lah.

Sunday, April 05, 2015

The Mixed Feeling!

Tajuk emotional kan? Yes, perasaan bercampur baur. cewah ayat! Actually, ape ape pun, aku bersyukur kepada Allah atas kurniaan rezeki olehNya. Antara nak atau tak. Tapi akhirnya aku telah pun buat pilihan. Aku tak pasti ada ke tak orang baca blog aku ni lagi. Tak kisahlah. Ia dah jadi open secret dah sekarang. Sebenarnya aku telah dapat offer new job kat salah sebuah MNC dalam industry FSI. Tarikh start bekerja pada tempat baru ialah 5 May 2015 (Setelah buy out 1 bulan). Kali ni memang banking. Dulu Prudential FSI gak tapi sektor insurance. Akhirnya aku dapat offer dengan gaji angka kasar 5 figures, Alhamdulillah. Antara salah satu target aku tu ialah dapat reach 5 figures before 35. Position ialah Manager dalam technology yg aku minat dan aku akan menjadi SME (subject metter expert) terhadap technology tu iaitu Splunk.

Aku dapat rasakan cabaran yg bakal aku hadapi. Dapat la korek serba sedikit cerita dari kawan2 yg memang dah ada dalam tu. Memang akan sangat mencabar. Tapi, aku cuba sahut cabaran tu dengan sepositif yg boleh, insyaAllah. Proses yg aku lalui untuk mendapat offer tu agak sangat cepat. Pergi interview hari isnin, jumaat aku dah tau dah aku dapat offer. Samada diorg nampak kelebihan yg aku ada atau diorg memang bebetul desperate dan x de candidate lain yg diorg boleh cari, wallahualam. Aku anggap memang rezeki aku lah kat situ. Alhamdulillah.

Selain dari offer industry, company, gaji, position dan bidang, antara perkara yg aku rasa aku perlu accept ialah kerana lokasi tempat kerja iaitu kurang dari 5 minit je dari rumah. Satu lagi goal aku ialah, ini ialah MNC dan dalam bidang FSI dan gaji kasar dah cecah 5 angka, insyaAllah akan memudahkan urusan aku menjadi pelabur hartanah dan menuju financial freedom yg dah lama aku inginkan, insyaAllah. Walaubagaimanapun, ada banyak juga perkara yg aku terpaksa let go nanti. Antaranya ialah, free time, kebebasan membuat keputusan dan juga kegembiraan bekerja itu sendiri kerana Bluesify ni dah macam family bagi aku. Aku antara orang yg sama2 grow the company sampai tahap sekarang. Sedih memang sedih tapi satu hari nanti, i'll be back. InsyaAllah.

Habis bab kerja baru.